Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Bau Najis & Hanyir Sepanjang Masa, Antara Gejala Dialami Pesakit COVID-19

Ada juga yang alami bau hanyir dan hapak sepanjang hari.

Published

on

Angka yang kian mendadak menjunjukkan kita perlu sentiasa berwaspada dan bersiap-siaga akan kemungkinan yang bakal berlaku.

Tiada siapa tahu di mana virus tersebut berada kerana ianya tidak boleh dilihat melalui mata kasar. Malah, rakyat perlu lebih berjaga-jaga kerana terdapat individu positif tanpa sebarang gelaja. Mereka ini berpotensi menyebarkan virus kepada lebih ramai mangsa tanpa disengajakan dan diketahui mereka sendiri. Akibatnya, golongan lemah seperti, bayi, kanak-kanak dan juga warga emas yang mempunyai kontak rapat menjadi mangsa.

Terbaru, perkongsian daripada Public Health Malaysia menunjukkan bahawa ada beberapa gejala unik dialami bekas pesakit.

Hilang deria bau (anosmia) merupakan antara gejala unik bagi Covid-19. Namun perkongsian dari bekas pesakit (Covid-19 survivors) menunjukkan ramai yang mengalami gejala Parosmia selepas dilaporkan sembuh.

Jangkitan virus menyebabkan saraf olfactory iaitu saraf yang menghantar maklumat mengenai bau ke otak terjejas. Situasi ini menyebabkan otak menerima mesej yang salah mengenai bau makanan dan persekitaran.

Ada pesakit yang alami bau najis sepanjang masa, ada juga yang alami bau hanyir dan hapak sepanjang hari.

Namun jangan khuatir, gejala ini hanya bersifat sementara dan boleh pulih dalam masa tertentu.

 

 

Baca juga:

“Mahalnya..”- Rungut Rakyat Bila Harga Vaksin COVID-19 Didedahkan

Tular Wabak COVID-23? Ini Reaksi Netizen..

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement