Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

9 Fakta Tentang Ulser Mulut

Seterusnya, beliau turut kongsikan punca ulser dan kesan jika ulser tidak sembuh lebih dari dua minggu.

Published

on

Sangat terseksa apabila kawasan dalam mulut diserang ulser atau sakit kudis mulut. Lebih memedihkan terutama ketika menikmati makanan masam atau pedas.

Mungkin bagi segelintir daripada kita, kurang memahami apa itu ulser mulut dan bagaimana pencegahan dari dijangkiti ulser.

8 Cara Menghilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan

Berikutan itu, kakitangan perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan Awang berkongsi fakta tentang ulser mukut menerusi ciapan twitter akaun miliknya.

Menurutnya, ulser mulut yang juga dikenali sebagai serawan, guam, atau “mata ikan” adalah luka pada mukosa mulut. Biasanya sering terjadi pada bahagian dalam bibir, pipi dan permukaan lidah.

Seterusnya, beliau turut kongsikan punca ulser dan kesan jika ulser tidak sembuh lebih dari dua minggu.

No photo description available.May be an image of text

Tambah Dr. Samhan lagi, bagi kanak-kanak kurang 16 tahun yang terkena ulser, disarankan menggunakan ubat-ubatan yang mengandungi Hyaluronic Acid seperti Aftamed Gel, Aloclair Gel, Aloclair Spray dan Oral 7 gel.

Jika ingin menggunakan rawatan seperti berkumur dengan air garam, antiseptik dan guna gel aloe vera juga amat digalakkan kerana penyembuhan ulser lebih cepat.

Lepas ini mungkin boleh kurangkan terkena dari jangkitan ulser. Harap perkongsian ini memberi manfaat buat semua orang.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kebaikan Dan Keburukan Makan Makanan Pedas

Bukan Sekadar Penyedap Rasa, Ini Khasiat Lain Yang Terkandung Dalam Lada Hitam

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement