Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

7 Jenis Kesalahan Boleh Sabitkan Kes Rogol Anda Perlu Tahu!

Sebagai seorang perempuan, kita perlu tahu fakta ini..

Published

on

Sering kali kita dengar peningkatan kes rogol  di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Namun, tidak semua beranggapan isu ini perlu ditekankan. Kes rogol kebanyakannya berlaku kepada wanita dan kemungkinan untuk mereka terdedah menjadi mangsa rogol adalah tinggi. Antara faktornya ialah mereka sering bergerak sendirian, tiada asas pertahankan diri, terlalu mudah percaya dengan budaya darat atau golongan lelaki yang terdedah video lucah.

Justeru itu, team Kool FM, Haiza, AG dan Muaz telah membincangkan isu ini bersama-sama dengan Dr Shamsinar Bt Mohd Hanifah, Kepakaran Undang-undang Jenayah dan Puan Zaiwana, Ketua Bahagian Agama dan Kauseling Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan juga Pegawai Psikologi PDRM.

Puan Zawaina berkongsi antara tanda-tanda seseorang mengalami trauma rogol ialah sering alami mimpi buruk, perubahan personaliti dan jika mangsa seorang kanak-kanak pula dia mungkin kencing malam, hisap ibu jari, merasa takut akan tempat tertentu, mengelak untuk ditinggalkan bersendirian, takut untuk mandi atau tanggalkan pakaian serta sakit yang jarang berlaku seperti sakit perut.

Tujuh Pelajar Tingkatan 5 Ditahan Terbabit Kes Rogol | Sabah Post

Menurut Dr Shamsinar, jenayah rogol diklasifikasikan di bawah Seksyen 375 kanun keseksaan atau dikenali sebagai akta 574. Ia merujuk kepada seorang lelaki dikatakan melakukan rogol jika dia bersetubuh dengan seorang perempuan dalam salah satu daripada 7 keadaan. Rogol membawa maksud seorang lelaki memasukkan alat kelaminnya ke dalam alat kelamin seorang perempuan.

7 keadaan yang dimaksudkan ialah:

  1. Dengan tiada kerelaan perempuan
  2. Dengan kerelaan perempuan tetapi kerelaan itu diperoleh dengan mengugutnya dengan kematian atau kecederaan padanya atau orang lain
  3. Salah tanggapan fakta – terdiri kepada 2 keadaan iaitu yang pertama perempuan tersebut tidak tahu perlakuan itu adalah hubungan seks dan yang kedua perempuan tersebut tersalah akan identiti lelaki yang bersetubuh dengannya
  4. Dengan kerelaan perempuan tetapi perempuan tersebut mempercayai itu suami atau lelaki dia rela untuk disetubuhi
  5. Dengan kerelaan perempuan tetapi perempuan tersebut tidak dapat memahami jenis atau akibat tindak tanduknya – Contohnya lelaki itu telah memasukkan dadah yang buatkan perempuan itu tidak tahu apa yang berlaku dengannya selepas itu
  6. Dengan kerelaan perempuan tetapi lelaki itu menggunakan kedudukannya yang berkuasa ke atas perempuan itu atau sebab hubungan profesional atau lain-lain hubungan amanah – Contohnya majikan mengajak pekerja perempuannya melakukan seks dan ditawarkannya kenaikan pangkat
  7. Samada perempuan itu rela atau tidak bila mana usianya dibawah 16 tahun

Kesan psikologi kepada mangsa pula ialah mangsa mungkin hilang motivasi, fokusnya terganggu, timbul perasaan mahu bunuh, suka dalam keadaan berseorangan, rasa diri tidak sempurna, rasa diri jijik dan rasa diri dipinggirkan.

Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membantu mangsa rogol dan antaranya ialah cakap dengan individu dengan tenang tanpa menghukum, kita perlulah mengawal emosi, bawa mangsa untuk lakukan pemeriksaan fizikal dan seterusnya hubungi organisasi yang boleh membimbing untuk buat laporan.

Dengarkan perbualan lanjut mengenai pelbagai topik menarik dengan klik di sini. 

 

 

Baca juga:

Abang Tergamak Rogol &  Liwat Dua Adik Beradik Angkat Bawah Umur..

Disyaki Merogol, Pendakwah Muda Terkenal Ditahan

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement