Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Yuyu Berhenti Sekolah, Bukan Pelajaran” – Gadis Viral Dedah Kisah Sebenar, Masih Belajar Secara Homeschooling

Yuyu menjelaskan dia berhenti sekolah bukanlah bermakna dia mengetepikan pendidikannya kerana masih lagi meneruskan pelajaran secara homeschooling…

Published

on

Baru-baru ini tular kisah seorang gadis yang dikatakan berhenti sekolah pada usia 14 tahun semata-mata ingin menjadi seorang influencer. Kisah tersebut tentunya mencetuskan perdebatan di media sosial yang rata-rata tidak bersetuju sekiranya seorang pelajar membuat keputusan seperti itu. Gadis tersebut sebelum ini tular menerusi video dia memperagakan fesyen baju menerusi aplikasi Tik Tok sehingga kini mendapat lebih 7 juta tontonan.

Bagaimanapun, mungkin melalui headline untuk tujuan mensensasikan cerita, AG, Haiza dan Muaz menghubungi terus Wan Nor Ridayu Wan Mohd Sukri atau lebih mesra dengan nama Yuyu bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu tersebut. Menurut Yuyu, kisah yang tular menyatakan dia berhenti sekolah untuk menjadi influencer itu adalah tidak benar. 

Melalui penjelasannya, Yuyu mengambil keputusan untuk berhenti sekolah adalah untuk membolehkan dia belajar secara di rumah sahaja, atau disebut sebagai homeschooling. Dia masih lagi meneruskan pelajarannya, namun bukan di sekolah. Jadi kisah yang cuba disensasikan itu adalah tidak benar sama sekali. 

Tambahnya lagi, bukan sekadar belajar di rumah, Yuyu juga ada mengikuti kursus lain seperti bidang kecantikan dan sebagainya. Baginya, segala kursus yang diikutinya itu mempunyai sijil, namun tidak diketahui umum. Selain itu, memang niat Yuyu untuk berhenti sekolah bagi membantu perniagaan keluarga. Jadi, bukanlah berhenti sekolah tanpa tujuan, tapi sudah mempunyai perancangan sendiri. 

Image via: Instagram

Berkongsi mengenai headline yang menjadi tular itu, Yuyu berkata dia agak terkejut dan dalam masa yang sama juga menerima pelbagai kecaman. Bagaimanapun, inilah penjelasan Yuyu mengenai isu tersebut dan apa yang dia lakukan sekarang adalah keputusan sendiri yang sudah pun mendapat persetujuan keluarga. 

Pendidikan Menjadikan Manusia Lebih Bertamadun

Sementara itu, sempat juga bertanyakan pendapat mengenai isu tersebut kepada Hazwan Faiz yang juga merupakan seorang influencer media sosial hampir 12 tahun. Baginya, tidak kira apa yang cuba dicapai dalam hidup ini, pendidikan tetap menjadi keutamaan dan tidak boleh dilupakan. 

Image via: Instagram

Hazwan turut berkongsi, apa yang dia pelajari semasa zaman univeristi dahulu mungkin tidak digunakan lagi dalam kehidupan sehariannya. Namun, itu tidak bermakna ilmu yang diperolehi itu adalah sia-sia. Menurut Hazwan, dia menjadi manusia yang lebih bertamadun dan individu yang bertanggungjawan hasil daripada pendidikannya terdahulu. 

Populariti itu tu perkara yang kita dapat dalam jangka masa yang pendek, tapi kalau ada ilmu dan pendidkan yang bagus, kita tahu apa yang kita sampaikan di media sosial itu akan mempengaruhi masyarakat secara baik,” ujar Hazwan. 

Walaupun sering kali personaliti media sosial memomokkan bahawa dengan tiadanya pendidikan seseorang itu tetap boleh berjaya, kita tidak boleh mengambil kata-kata ini secara bulat-bulat. Mungkin apa yang kita belajar sekarang tidak akan digunakan pada masa akan datang, namun secara tidak sedar proses menuntut ilmu itu telah menjadikan kita sebagai seorang insan yang lebih bertanggungjawab terhadap masyarakat. 

Kalau terlepas perbincangan topik ini, klik link ini untuk dengar lebih lanjut.

Baca juga artikel menarik lain:

Spectator Sukan – Sukan Tidak Popular, Tidak Diberikan Peruntukan Yang Sama?

“Menagih Kerana Tekanan Hidup” – Pernah Tular Bawa Anak Selongkar Sampah, Kini Ditahan Positif Dadah

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement