Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

[VIDEO] Wan Maimunah Kongsi Kesedihan Tak Dapat Jumpa Anak-Anak Raya Tahun Ni Buat Netizen Bertakung Air Mata

Ramai yang rasa sebak melihat luahan hati Wan Maimunah apabila raya tahun ini tidak dapat berjumpa anak-anak…

Published

on

Tiap kali tiba musim perayaan, tentu harapan mak dan ayah adalah untuk berjumpa anak-anak yang bekerja jauh di bandar-bandar besar. Walaupun setahun hanya sekali, namun penantian itulah yang paling ditunggu-tunggu oleh mereka. Namun, selepas pandemik COVID-19 melanda dunia, harapan tersebut seperti berkecai kerana terpaksa akur dengan larangan rentas negeri. Kini memasuki kali kedua kita semua bakal tidak pulang beraya ke kampung halaman masing-masing.

Perkara tersebut turut dikongsikan oleh pelakon legenda tanah air, iaitu Wan Maimunah Wan Abdul Aziz. Semalam tular satu video pendek memaparkan pelakon tersebut meluahkan kesedihan di hati apabila tahun ini juga beliau mungkin tidak dapat berjumpa dengan anak-anaknya. Tambahnya lagi, beliau meminta untuk anak-anak semua supaya tidak menangis.

Baca juga: “Benci Mak Tengok Kau Nyanyi” – Niat Keluarkan Lagu Raya Baharu, Aliff Syukri Kena Sound Setepek Dengan Bonda

“Sama-sama kita kuatkan hati, tabahkan hati kita sebab kita semua tak dapat balik raya. Jangan nangis, ibu nangis tak apa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wan Maimunah turut menyatakan bahawa beliau tidak dapat membuat panggilan video ke anak-anaknya kerana talian di rumahnya tidak berapa baik. Menahan sebak di hati apabila beliau berkongsi apa yang dilaluinya itu.

Sementara itu, wargamaya yang lain turut terasa sebak serta menahan tangisan air mata melihat luahan hati pelakon senior itu. Ada juga wargamaya yang keliru sama ada tangisan pelakon tersebut adalah betul atau lakonan, sebab dalam lakonan pun nampak macam betul-betul. Mungkin itulah kehebatan yang dimiliki oleh Wan Maimunah. Semoga kita semua terus tabah pada raya tahun ini dan jangan menangis bak kata Wan Maimunah.

Baca juga: Netizen Luah Rasa Kecewa Video Khidmat Pesanan Masyarakat KPDNHEP Tidak Menggambarkan Situasi Semasa

Sumber daripada: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement