Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

[VIDEO] “Saya Geletek Dia, Tapi Tak Bangun” – BCL Akhirnya Tenang Dedah Kisah Sebenar Malam Pemergian Ashraf

BCL baru sahaja lepas berborak dengan Ashraf, selepas seketika suaminya sudah tiada…

Published

on

Bukan mudah untuk menghadapi pemergian orang tersayang, lagi-lagi orang yang pergi itu adalah pasangan sehidup semati kita sendiri. Apa yang dilalui oleh Bunga Citra Lestari (BCL) selepas kehilangan suaminya yang tercinta, Ashraf Sinclair, benar-benar meruntun jiwanya sehingga ramai warganet turut merasai kehilangan Allahyarham. 

Sudah tentu pada awalnya agak berat buat BCL untuk menceritakan keadaan sebenar yang dia lalui pada malam Ashraf meninggalkannya. Bagaimanapun, melalui video perkongsian di Tik Tok, BCL akhirnya tampil kuat dan tenang menceritakan peristiwa sebenar apa yang berlaku sewaktu dia menyedari suaminya itu benar-benar sudah pergi. 

Seperti Dalam Filem, Dikejut Tapi Tak Bangun

Menurut BCL, dia dan Ashraf sempat berborak di dalam bilik mereka sebelum Ashraf tidur dan kemudian tidak sedarkan diri terus. Mungkin pada waktu itu Ashraf kepenatan kerana mereka baru pulang dari New York. Dibiarkan tidur, BCL pun masuk ke bilik air untuk mandi dan membersihkan diri. Namun, tanpa diduga, sebelum Ashraf tidur itulah pertemuan terakhir mereka kerana selepas BCL keluar dari bilik air, suaminya itu sudah tidak sedarkan diri. 

@habil_ritonga_spm##foryou ##sahabat_habil ##sahabatspm ##fyp♬ original sound – Habil Ritonga,SPM🇲🇨

BCL menceritakan, pada awalnya dia tidak memikirkan apa-apa dan sangka suaminya itu benar-benar tidur. BCL memanggil Ashraf, mengucup pipinya, memeluknya dan cuba untuk mengejutkannya, tetapi tidak ada respon dari Ahsraf. Kata BCL, “seperti dalam filem, saya gerak-gerakkan, saya geletek dia, tapi tak bangun”. 

Setelah itu, BCL dalam keadaan panik memanggil ibunya di bawah dan kemudian bergegas membawa Ahsraf ke pusat perubatan bersama anaknya, Noah. Bagaimanapun, Ashraf kemudian disahkan telah meninggal dunia. Menerusi video itu, BCL menyatakan suaminya sudah selamat menghadap ilahi dan dia bersama anaknya harus terus gembira menjalani kehidupan sekarang.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Bunuh Jiran Sebab Terdesak Dapatkan Duit Bayar Hutang, Mayat Mangsa Disorok Bawah Katil!

“MK Pun Keluar 3 Hari Guys” – Kini Giliran MK K-Clique Ikut Jemaah, Dekatkan Diri Tuntut Ilmu Agama

 

 

 

 

Sumber daripada: Tik Tok

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement