Connect with us

Semasa & Hiburan

[VIDEO] Puas Update Pasal Makan, Awal Ashaari Tunjuk Artis Yang Hadir Majlis Perkahwinan Syamel & Ernie Zakri Pula

Seronok pula bila tengok Awal Ashaari yang hadir ke majlis perkahwinan Syamel & Ernie Zakri buat update macam ni…

Published

on

Mungkin disebabkan puasa dah tak lama lagi, jadi ramailah juga yang berkejar untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Kalau minggu yang sudah, wargamaya dibanjiri dengan berita majlis perkahwinan selebriti terkenal tanah air, Neelofa Mohd Noor. Tapi untuk minggu ini, giliran pasangan selebriti dan juga penyanyi ini, Syamel dan Ernie Zakri pula mengadakan majlis perkahwinan.

Tentulah gambar dan juga video pendek sepanjang majlis berlangsung itu dinantikan oleh peminat yang tak dapat hadir ke majlis mereka. Jadi siapa lagi nak kongsikan update sepanjang berlangsungnya majlis resepsi Syamel dan Ernie kalau bukan Awal Ashaari. Memang update daripada Awal Ashaari ini antara yang ditunggu-tunggu oleh wargamaya selepas beliau dengan jayanya berkongsikan update bagi majlis perkahwinan Neelofa minggu lalu. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

“Kalau semua nak update pasal persembahan, pasal makan, jadi siapa nak bagitahu tentang mereka yang hadir majlis resepsi Syamel dengan Ernie. Tak gitu?,” tulis Awal dalam ruangan kapsyennya.

Nampaknya kali ini awal berkongsi dengan peminat satu video pendek yang memaparkan mereka yang hadir ke majlis tersebut. Menerusi video pendek itu, dapat dilihat antara selebriti yang hadir adalah seperti Khai Bahar, Nabila Razali, Anuar Zain, Ziana Zain, Hael Husaini, Dato’Sri Siti Nurhaliza, dan ramai lagi. Kalau nak sebut satu-satu memang tak habislah jawabnya. 

Dalam pada itu, wargamaya turut merasakan Awal patut hadir ke setiap majlis perkahwinan golongan selebriti. Memang dah boleh jadi ‘wartawan netizen’ lah kalau macam ni

Harap-harap Scha Alyahya bertabah melihat gelagat suaminya itu sampaikan Awal kata isterinya stress melihat suami sendiri dah macam fanatik artis semasa di wedding Syamel dan Ernie. Yang penting gambar Scha Alyahya tetap ada.

Baca juga artikel menarik lain:

Hadir Perkahwinan Anak Kris Dayanti, Netizen Puji Presiden Jokowi Dilihat Patuh SOP Sepanjang Majlis

Bermula Dengan Kematian Gadis Kecil, Patung Seram Okiku Dikatakan Mampu Tumbuh Rambut

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement