Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

[VIDEO] “Batuk Pun Comel” – Netizen Kagum Anak Bongsu Nora Danish Nampak Ceria Walaupun Sakit

Netizen kesian melihat putera bongsu Nora Danish jatuh sakit, doakan semoga cepat sihat…

Published

on

Ibu bapa mana je yang tak risau kalau anak-anak sakit, lagi-lagi anak yang masih kecil lagi. Ditambah lagi dengan musim COVID-19 yang masih belum surut ni, kalau boleh kita tak nak tengok anak kita jatuh sakit. Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun Instagram suami Nora Danish, anak bongsunya kini dilihat seperti kurang sihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nedim Sujak Nazri Aziz (@boss_ned)

Dalam perkongsian video pendek itu, Boss Ned atau nama sebenarnya Mohamed Nedim Mohamed Nazri, menunjukkan keadaan putera bongsunya yang kelihatan seperti menahan sakit. Walaupun dalam sakit, Mohamed Neyqal Nedim, 3 tahun, kelihatan masih kuat berborak dengan ayahnya itu. 

Baca juga: “Cantiknya Berhijab” – Wargamaya Terpegun Melihat Kecantikan Nora Danish Mengenakan Hijab

“Jam 4.30 pagi tadi, Ney Ney selesema. Kesian dia tak dapat tidur dengan betul,” tulis Boss Ned di ruangan kapsyennya. 

Neyqal masih menunjukkan wajah cerianya walaupun mengalami sedikit batuk dan selsema. Semasa berbual dengan ayahnya, kedengaran juga suara seraknya akibat daripada batuk dan selsema itu.

Dalam pada itu, wargamaya lain mendoakan agar Neyqal cepat sembuh. Sedih juga mendengar suara Neyqal yang serak-serak itu. Walaupun sakit, masih pandai bebual dengan ayahnya. Semoga Neyqal cepat sembuh daripada sakit dan ceria seperti selalu. 

Baca juga: [VIDEO] “Harap Daddy Tak Marah” – Anak Nora Danish Buat Video Siap Pakai Tudung Buat Netizen Geli Hati

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement