Connect with us

Semasa & Hiburan

Tular Safiey Ilias Buat Video Live Tak Senonoh Dengan Budak ‘Underage’, Netizen Mahu Tindakan Keras Diambil

Ramai yang mengecam perbuatan Safiey Ilias itu dan mahu tindakan diambil ke atasnya…

Published

on

Terkini tular di Twitter satu keratan video live Instagram milik Safiey Ilias bersama dua orang remaja lelaki. Video tersebut bukanlah satu video yang biasa, tetapi ia memaparkan perilaku kurang sopan usahawan kosmetik itu bersama rakannya dan juga dua remaja lelaki tersebut. Difahamkan kedua-dua budak lelaki itu baru berusia 14 dan 15 tahun.

Video tersebut bagaimanapun telah dipadamkan. Namun ia tidak menghalang wargamaya lain untuk terus mengecam perbuatan Safiey itu yang juga dilihat seperti melakukan child grooming. Dalam video tersebut, jelas kelihatan Safiey bersama rakannya melakukan tarian tidak senonoh dengan menggoyangkan buah dadanya untuk diperlihatkan kepada dua remaja tersebut.

Baca juga:Β “Ada Orang Kata Media Sosial Saya Kotor Sebab Penuh Dengan Promosi Drama Sendiri” – Jasmin Hamid

Seorang penceramah bebas, dikenali dengan nama Akhi Fairuz Al-Jengkawi membuat satu pendedahan dan teguran di Facebook mengenai perkara tersebut. Menurutnya, sehingga sekarang dia tidak faham mengapa pihak berautoriti hanya membiarkan golongan seperti itu menunjukkan gaya hidup bebas mereka yang songsang di media sosial. Katanya lagi, golongan tersebut telah membuat pelbagai provokasi.

β€œKesian mak nyah lain terpalit sama. Mereka ada je yang nak berubah, cari rezeki halal,” tulis Akhi.

Tambahnya lagi, kasihan pada golongan seperti itu yang ingin berubah kerana turut terpalit dengan isu yang sama yang ditimbulkan oleh segelintir daripada mereka. Sementara itu, Akhi menasihatkan kepada ibu bapa lain untuk memuat turun google family for parents di telefon pintar masing-masing dan google family for children di telefon pintar anak-anak. Aplikasi ini adalah bagi memantau dan juga menghadkan penggunaan gajet anak-anak.Β 

Sementara itu, terdapat juga wargamaya di Twitter yang meminta untuk melaporkan akaun Instagram milik Safiey kerana telah melakukan child grooming. Semoga isu ini dapat diselesaikan segera.

Baca juga:Β “Sabar Ye Cik Man” – Kisah Pertemuan Sementara Cik Man Dan Kucing Jalanan Buat Netizen Turut Sebak

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement