Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

‘Tuhan Sangat Baik, Begitu Baik!’ – Pasangan Ini Dikurniakan Cahaya Mata Selepas 21 Tahun Menanti

Dalam setia dan sabar pasti bahagia juga akhirnya…

Published

on

Pastinya setiap pasangan yang berkahwin inginkan cahaya mata kerana ia merupakan satu anugerah yang amat berharga dalam kehidupan. Ada pasangan yang selepas setahun berkahwin sudah dikurniakan dengan satu cahaya mata. Ada juga pasangan yang menunggu sehingga tahun kelima. Tapi buat satu pasangan dari Indonesia ini, ternyata ujian yang diterima mereka sangat hebat apabila selepas 21 tahun melalui bahtera perkahwinan, barulah mereka dikurniakan cahaya mata.

“21 YEARS OF WAITING!! Welcome December! December 2020 saya ini barangkali salah satu yang paling bermakna. One of my remarkable moments. Tuhan sangat baik, begitu baik!,” itulah kata-kata yang diungkapkan oleh Dr. Benediktus A, pakar kesuburan IVF melalui perkongsiannya di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr.Benediktus A,MPH,Sp.OG(K) (@drbennyarifin)

Berkat usaha dan kesabaran, sepasang suami isteri dari Madura, Indonesia iaitu Su’udiyah (44 tahun) dan Somidi (51 tahun) akhirnya berjaya mendapat anak pertama mereka selepas 21 tahun berkahwin melalui kaedah persenyawaan bayi tabung uji (IVF). Pasangan tersebut dikurniakan anak perempuan yang diberi nama Aisyah yang dilahirkan pada 1 Disember lalu.

Berkat Kesetiaan Dan Kesabaran Melalui Ujian Yang Hebat

Dia yang menjadi saksi perjuangan pasangan ini berasa sangat tersentuh dengan kelahiran bayi pertama mereka. Menurut Dr. Benediktus, perjuangan pasangan ini tidak semudah itu kerana mereka perlu menempuh perjalanan sejauh 15 kilometer dari rumah mereka ke Sumenep dan enam jam lagi perjalanan dari Surabaya ke pusat rawatan di Klinik Bayi Tabung Morula IVF. 

Image via: Instagram

Bukan itu sahaja. Demi mendapatkan rundingan atau rawatan di pagi hari, mereka menaiki bas seawal jam 2 pagi. Mereka malah perlu menunggu setahun lagi selepas ‘mendapat’embrio sebelum ia boleh dipindah masuk ke rahim isteri. Itulah antara kesabaran dan kesetiaan yang ditunjukkan oleh pasangan terbabit yang akhirnya dikurniakan seorang bayi yang sihat.

Tambahan Dr. Benediktus lagi, pertemuan dengan pasangan tersebut dinyakininya bukan kebetulan semata-mata. Beliau percaya seperti sudah ditakdirkan untuk membantu pasangan tersebut dan dalam masa sama menjadi saksi tentang sebuah erti kebahagiaan selepas mengharungi dugaan. 

 

Baca juga artikel menarik lain:

“Impikan Miliki Lima Isteri” – Buaya Darat Sejati Dari Nigeria Akui Hamilkan Enam Wanita Sekali Gus

Dianggap ‘Hero’ Selepas Membunuh Kekasih Gelap Isteri Di Pusat Karaoke

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement