Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Tidak Teragak Tulis Surat Kepada SUK Bertanyakan Sebab..-“ Boy Iman Mahu Jawapan Gelaran Datuk Ditarik

“Saya tunggu sampai Jumaat ini kalau belum ada apa-apa surat istana atau SUK Pahang, saya sendiri melalui peguam saya akan tulis surat kepada pihak mereka.”

Published

on

Kecoh malam tadi tentang penarikan gelaran Datuk kepada dua pelakon dan penerbit Farid Kamil serta Boy Iman. Ramai juga tertanya-tanya apakah sebab penarikan Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang tersebut sehingga  mereka perlu mengembalikannya kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Terbaru Farid Kamil menerusi perkongsian di Instagram menyatakan perasaannya menerima keputusan dari pihak Istana Pahang berkaitan penarikan gelaran tersebut dengan rasa hormat.

Namun, lain pula reaksi diterima daripada Boy Iman yang mahukan penjelasan lebih lanjut daripada SUK.

“Setakat ini saya belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kerajaan Pahang berhubung penarikan balik darjah kebesaran.”

Kata Boy Iman lagi, dia tidak tahu menahu tentang perkara tersebut sehinggalah dihubungi pihak media untuk mendapatkan maklum balas. Dakwanya, penarikan balik darjah kebesaran tersebut juga dilakukan tidak mengikut saluran yang betul sebelum disebarkan kepada orang ramai melalui media.

“Saya tidak kecewa namun saya sendiri terkejut apabila dapat tahu daripada kawan-kawan media bukan daripada surat yang sepatutnya diberikan kepada saya melalui pihak istana. Saya rasa sedikit ralat kerana apa yang dilakukan tidak melambangkan kredibiliti atau protokol sedangkan saya sendiri tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak istana sampai hari ini,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Dalam pada itu, Boy Iman memaklumkan, dia tidak akan teragak-agak untuk menulis surat sendiri kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) untuk bertanyakan sebab sebenar mengapa darjah kebesaran yang diberikan kepadanya ditarik balik.

“Saya tak berani nak komen panjang. Saya tunggu sampai Jumaat ini kalau belum ada apa-apa surat istana atau SUK Pahang, saya sendiri melalui peguam saya akan tulis surat kepada pihak mereka.

“Sebab bagi saya, surat rasmi kepada mereka yang terlibat (ditarik balik darjah kebesaran) harus didahulukan sebelum memberi kenyataan media kepada wartawan,” ujarnya.

 

 

 

Baca juga:

Gelaran Datuk Farid Kamil & Boy Iman Ditarik Balik 1 Februari Lalu

 

 

 

 

 

Sumber: Kosmo, Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement