Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Tidak Potong Rambut Lebih 15 Tahun, Rin Kambe Digelar ‘Rapunzel Jepun’

Kalau jalan malam-malam dengan rambut panjang tu nampak menyeramkan…

Published

on

Mendapat jolokan ‘Rapunzel Jepun,’ seorang wanita berusia 35 tahun direkodkan memiliki rambut sepanjang 182.88 sentimeter. Memang panjang betul rambut wanita ini sehingga dilihat mencecah lantai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rin Kambe / 神戸 リン (@rin_rapunzel)

Menurut laporan, wanita yang bernama Rin Kambe itu dikatakan kali terakhir memotong rambutnya adalah sejak 15 tahun lalu. Dia yang juga berasal dari Tokyo mengatakan ketika kecil, keluarganya amat tegas dan tidak membenarkan dia menyimpan rambut yang panjang. 

Selain sikap ibu bapanya yang tegas, penyertaannya dalam pasukan bola sepak kanak-kanak juga memerlukannya menyimpan rambut yang pendek. Ketika menjangkau usia 20-an, Rin mula menjalani kehidupan sendiri dan mula menyimpan rambut panjang.

“Selepas itu, saya mula menyimpan rambut panjang apabila menyertai tarian ketika berusia 20-an,” katanya yang kini bekerja sebagai penari dan model. 

Meskipun mengakui kadang-kala agak sukar untuk menguruskan rambutnya ketika melakukan sesuatu kerja seperti menukar pakaian, Rin berkata, dia masih menyukai rambut panjangnya. Tambahnya, memiliki rambut panjang juga dianggap sebagai antara ciri `kecantikan Asia’. Mungkin ada diantara kita yang juga merasakan rambut panjang itu kelihatan cantik.

Image via: Youtube

Bagaimanapun, Rin yang sering berkongsikan gambar rambutnya di Instagram miliknya menyatakan yang dia kerap kali ditanya mengenai keaslian rambutnya. Selain itu. dia juga turut berdepan dengan reaksi orang ramai yang berbeza. Mungkin pada pandangan mata masyarakat di negara lain, rambut panjang yang dimilikinya itu dilihat keterlaluan.

Walaupun ramai yang mengagumi rambutnya, dia juga tidak terlepas daripada menerima komen berbaur kebencian di media sosial disebabkan penampilan luar biasanya. Namun menurut Rin, dia menerima apa sahaja jenis komen kerana setiap orang berhak memberi pandangan masing-masing.  Dalam pada itu, Rin turut menyatakan yang dia tidak bercadang untuk memotong rambut dalam masa terdekat. 

Baca juga artikel menarik lain:

“Selamat Tinggal Selamanya, Lagenda!” Ini Kisah Maradona Bertemu Mokhtar Dahari Yang Ramai Tak Tahu

Lamaran ‘Durian Runtuh’ Wanita Terima Wang Pertunangan Sebanyak RM88,558

Sumber daripada: Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement