Semasa & Hiburan
“Tengah Shooting Dengan Ziana Zain!!” – Diva AA Tunjuk Bukti Pada Netizen
“Kita hormat antara satu sama lain..”
Sudah dua minggu berturut-turut selebriti Azwan Ali menjadi bualan hangat apabila dirinya tampil bergaya ketika mengacara sebuah rancangan Lagu Cinta Kita musim kedua menerusi siaran TV3.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian kami lagi apabila sebuah video menerusi ciapan twitter pengacara hebat menunjukkan dirinya sedang berbual dengan penyanyi veteran, Ziana Zain.
Apa yang mereka bualkan adalah tentang hubungan mereka yang kini sudah tidak ada apa-apa untuk dibahaskan.
“Apa orang nak cakap, cakaplah. Apa yang saya tahu, kita baik dengan dia dan dia baik dengan kita. Hormat antara satu sama lain,”
Dalam pada masa sama juga Azwan atau lebih mesra kini dipanggil Diva AA Tersohor membuat kapsyen pada video tersebut bahawa dirinya semakin banyak tawaran pekerjaan yang diterima.
Antaranya kini dia sedang menjalani penggambaran dengan penyanyi lagu Madah Berhelah bersama barisan pelakon lain iaitu Shiha Zikir, Zul Huzaimy dan lain-lain lagi yang akan dikeluarkan di saluran TV3 tidak lama lagi.
Tak sabar nak tengok dan merasai semula vibe Azwan Ali terus beraksi di kaca televisyen!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Diva AA 2020!” – Ramai Teruja Azwan Ali Buat ‘Comeback’ Mengacara
Ini Balasan Azwan Ali Dekat Naim Danielβ¦
Sumber: twitter