Semasa & Hiburan
Tarikh Nikah Sebenar Hannah Delisha Jadi Tanda Tanya, Foto Eleena Sui Papar Tarikh Tahun Lepas?
Tarikh pada foto di Instagram Eleena Sui memaparkan tarikh tahun lepas…
Belum lagi reda dengan kontroversi yang melanda pelakon serta penyanyi jelita ini, terkini tarikh pernikahan sebenar Hannah Delisha pula menjadi tanda tanya. Terdahulu, kecoh apabila ibu kepada pelakon tersebut memuat naik satu coretan puisi yang mencurigakan di Instagram. Menerusi perkongsian puisi itu, ada yang mengatakan ibu Hannah, Noor Ashikin Ahmad tidak merestui perkahwinan anaknya itu.

Image via: Instagram
Bagaimanapun, menerusi perkongsian gambar yang dimuat naik oleh ibu mentua Hannah, ia sekali lagi menambah spekulasi tentang majlis perkahwinan antara Hannah dan Imam Shah. Mungkin sekali pandang gambar-gambar yang dikongsikan itu, tidak ada apa-apa yang mencurigakan. Namun, terkepil sekeping gambar memperlihatkan kehadiran pengacara Eleena Sui yang turut bergambar bersama.
Baju Dan Pelamin Nampak Sama…
Hadir memakai busana berwarna biru dan bergambar diapit pasangan pengantin tersebut, mungkin tidak ada apa yang mencurigakan. Akan tetapi, melalui tinjauan di Instagram milik Eleena pula mendapati gambar yang dimuat naik mengenakan busana yang sama dan reka bentuk pelamin yang serupa dengan majlis perkahwinan Hannah adalah bertarikh setahun yang lalu.
View this post on Instagram
Disebabkan itu, ramai yang kini mula tertanya-tanya sama ada gambar setahun yang lalu di Instagram Eleena mempunyai kaitan dengan majlis perkahwinan Hannah ataupun tidak. Jadi, tarikh sebenar pernikahan Hannah kini menjadi tanda tanya. Dalam pada itu, wargamaya turut membanjiri ruangan komen gambar Eleena seolah-olah mahukan kepastian. Bagaimanapun, pihak Hannah dan juga suaminya masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung spekulasi yang sedang melanda mereka.

Image via: Instagram
Baca juga artikel menarik lain:
Puisi Dengan #IbuTidakRestu, Tanda Perkahwinan Hannah Delisha Tidak Direstui?
Sumber daripada: Instagram