Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

“Taking my time..” Bunga Citra Lestari Ucap Selamat Tinggal Indonesian Idol

Semoga BCL terus kuat..

Published

on

Bunga Citra Lestari atau BCL baru sahaja mengumumkan dirinya tidak lagi menjadi juri program pencarian bakat Indonesian Idol musim terbaharu. Pengumuman ini telah dikongsikan semalam di Instagram miliknya.

Jelas dinyatakan bahawa BCL membuat keputusan ini kerana ingin membangunkan semula kekuatan dirinya yang hilang selepas kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada Februari lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)


Taking my time.. Building my strength,

Di dalam kapsyen yang sama, BCL juga memberi semangat kepada rakan-rakan juri yang lain dan ucap selamat agar musim baharu ini berjalan lancar.

Wishing everyone the best of luck @indonesianidolid @maiaestiantyreal @ari_lasso, @jud1ka, @ananghijau @itsrossa910 @boywilliam17 @fabian.dharmawan @dini.putri21.”

“Selamat melahirkan Idola baru,”

Musim baharu Indonesian Idol telah mulakan tayangan perdananya semalam, 16/11/2020 dengan tema Idol A New Chapter. Juri yang menggantikan kerusi BCL ialah diva Indonesia, Rossa.

Pengumuman itu disambut baik oleh banyak sahabat dalam industri hiburan. Malah, ramai peminatnya juga mendoakan dirinya terus kuat untuk bangkit semula dan akan merindui kehadiran BCL dalam program tersebut.

Selain BCL, pengacara yang telah bersama Indonesian Idol selama 10 tahun, Daniel Mananta turut meninggalkan program realiti tersebut dan telah digantikan oleh Boy William.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Melangkah Lagi penampilan perdana BCL pasca pemergian suami

Ibu Ashraf Sinclair Pulang Ke Malaysia Setelah 3 Bulan Temani BCL Di Jakarta

 

 

 

SUMBER: Instagram @bclsinclair

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement