Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Tak Sakit Pun” – Perkongsian Berani Pengalaman Sedut Lemak, Netizen Ngeri Lihat Lemak Zarina Anjoulie!

Anju menunjukkan prosedur sedut lemak yang dilaluinya itu, dan menyatakan tidak ianya tidak sakit…

Published

on

Kalau zaman dahulu mungkin untuk turunkan berat badan atau buang lemak dalam badan adalah dengan satu cara sahaja, iaitu bersenam dan amalkan pemakanan seimbang. Bagaimanapun, kini dengan teknologi yang canggih dan selamat, nak buang lemak pun jadi mudah. Walaupun nampak bahaya, prosedur sedut lemak (Liposuction) seharusnya dilakukan oleh pakar bertauliah di pusat kesihatan yang diiktiraf.

Memang ada bahayanya hingga boleh mendatangkan pelbagai komplikasi dan mengancam nyawa, jika dikendalikan bukan pakar atau klinik berdaftar. Sebab itu perlu cari pakar yang bertauliah untuk dapatkan prosedur sedut lemak. Ramai juga dalam kalangan artis yang melakukan prosedur ini, dan baru-baru ini Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju, membuat perkongsian berani mengenai prosedur tersebut yang dilaluinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Dalam video yang dikongsikannya itu di laman Instagram, Anju menunjukkan prosedur sedut lemak yang dilaluinya itu. Selesai prosedur, Anju menyatakan ianya tidak sakit kerana sewaktu prosedur Anju telah ditidurkan seketika. Tambah Anju lagi, dia berpuas hati dengan hasil yang diperolehinya itu daripada prosedur tersebut. 

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai wargamaya berasa ngeri melihat gambar lemak Anju yang telah disedut keluar itu. Ada juga yang bertanya tentang harga prosedur sedut lemak itu. Mungkin berminat untuk melakukannya.

Apa-apa pun, kalau ada yang berniat untuk melakukan Liposuction, carilah pakar yang bertauliah. Biar mahal sedikit asalkan anda juga selamat. 

Baca juga artikel menarik lain:

Elly Mazlein Akhirnya Umum Tengah Pregnant, Netizen Tumpang Gembira Dan Hujani Ucapan Tahniah

Lelaki Ini Dakwa Mampu Sembuhkan Penyakit Hanya Dengan Kentut Di Muka Pesakit

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement