Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Susu Paling Berkhasiat Datang Dari Lipas? Err…

Boleh ternak lipas lepas ni…

Published

on

Susu merupakan cecair yang kaya dengan nutrien yang dihasilkan oleh mamalia betina untuk memberi makan anak mereka. Antara susu yang terus diminum oleh manusia datang daripada lembu, kambing dan juga biri-biri. Khasiat yang terdapat dalam susu antaranya adalah seperti protein, kalsium, vitamin D, vitamin B12 dan potasium. Antara health benefit yang paling diketahui adalah susu mampu menambah kekuatan kepada tulang kita. Walaupun secara amnya kita mengetahui susu terbaik datang daripada lembu, kambing dan juga biri-biri, terdapat penemuan di mana susu yang dihasilkan lipas mengandungi lebih banyak khasiat.

Susu Lipas Juga Berkhasiat?

Selain tiga haiwan utama yang kita ketahui menghasilkan susu yang berkhasiat, serangga lipas juga mampu melakukan perkara yang sama, bahkan lebih berkhasiat. Mungkin agak geli sedikit sebab lipas dikategorikan sebagai serangga perosak dan kita sering kali menjerit setiap kali nampak lipas. Dikatakan susu lipas merupakan bahan yang kaya dengan  protein dan digunakan oleh lipas betina untuk memberi makan anak mereka. Tetapi bukan semua jenis lipas dapat menghasilkan susu yang dimaksudkan. Hanya susu dari lipas kumbang pasifik sahaja yang mengandungi sumber protein yang tinggi.

Menurut Frida Harju-Westman, seorang pakar nutrisi Lifesum, Lipas mengandungi kristal protein yang mengandungi tenaga jauh lebih tinggi daripada yang terdapat dalam susu lembu. Protein dalam susu lipas tersebut juga padat dengan asid amino penting yang baik untuk pemulihan otot. Selain itu, ia turut mengandungi lemak dan karbohidrat yang diperlukan badan. Jadi secara teknikalnya, susu lipas ni merupakan sumber makanan yang cukup untuk badan kita dan boleh digelar sebagai superfood.

Walau bagaimanapun, susu lipas juga mengandungi kadar lemak yang tinggi. Mungkin nampak macam bagus kandungan susu lipas ni, tapi kandungan lemak yang tinggi pun tak bagus untuk kesihatan kita. Sebagai perbandingan, susu kerbau mengandungi lebih kurang 235 kandungan kalori dalam sukatan 0.5 paun, manakala susu lipas sebanyak 700 kalori bagi sukatan yang sama. Jadi susu lipas sebenarnya boleh menambahkan lagi berat badan.

Banyak Lipas Terkorban Untuk Segelas Susu

Disebabkan lipas merupakan serangga yang kecil, maka untuk menghasilkan segelas susu lipas adalah agak sukar. Sejumlah lipas yang banyak diperlukan bagi mendapatkan satu gelas kecil susu lipas. Kalau anda tertanya-tanya apa rasa susu lipas ni, boleh pergi ke Tokai Earth Fair Market di Afrika Selatan untuk membeli susu lipas yang dijual dalam bentuk ais krim. Possibly beratus juta ekor lipas diperlukan untuk buat mass production. Tetapi sebelum ia dapat dipasarkan secara meluas, kajian saintifik secara terperincin perlu dilakukan untuk memahami manfaat kesihatan susu lipas terhadap manusia.

Baca juga artikel menarik lain:

Rela Tangan ‘Dijamah’ 5,000 Nyamuk Demi Kajian

Sakit Gigi Boleh Demam? Ini Sebabnya

 

 

 

 

Sumber daripada: Insider

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement