Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Sukan-Sukan ‘Rare’ yang Pernah Dipertandingkan Dalam Olimpik

acara sukan ni semua dah boleh dimasukkan ke sukan rakyat…

Published

on

Olimpik mula diperkenalkan pada tahun 776 sebelum masihi lagi di Greece dan pernah dihentikan penganjurannya selama 1,503 tahun. Olimpik yang sekarang ini dikenali sebagai Olimpik Moden, mula dianjurkan pada tahun 1896 di Athens, Greece. Sebenarnya banyak acara sukan yang pernah dianjurkan dahulu sudah tidak lagi dipertandingkan di Olimpik sekarang. Tapi ada juga acara suka pada Olimpik zaman dulu-dulu yang dianggap ‘rare‘ jika dipertandingkan sekarang. Nak tahu pelik ke tak, jom scroll down dulu. 

Tarik Tali

Acara tarik tali, atau dikenali sebagai Tug-of-War ini dihentikan pada tahun 1920. Dalam acara ini, pemainnya terdiri daripada lapan orang lelaki yang gagah bagi setiap negara. Misi mereka adalah menarik tali sehingga melepasi garisan atau titik yang telah ditetapkan. Kalau di Malaysia acara tarik tali ni biasanya akan dijadikan acara wajib sukan sekolah atau sukan rakyat. Asalnya acara tarik tali merupakan acara yang dipertandingkan di Olimpik sejak tahun 500 sebelum masihi lagi, dan selalunya acara ini akan dimenangi oleh Great Britain. Mungkin ramai lelaki gagah yang ada di Great Britain. 

Tembak Burung Merpati

Image via:weekendthrill

Nasib baiklah acara ni cuma dipertandingkan sekali sahaja di Olimpik, iaitu pada tahun 1900 di Paris. Acara ini dijalankan dengan peserta menembak merpati yang dilepaskan sebanyak mungkin dalam masa yang ditetapkan. Dalam acara tersebut yang diadakan cuma sekali, pemenangnya telah berjaya menembak sebanyak 21 ekor burung. Dianggarkan sebanyak 300 ekor burung merpati ditembak mati sepanjang acara itu berlangsung. 

Angkat Berat Satu Tangan

Nampaknya angkat berat guna dua tangan tak cukup mencabar. Acara angkat berat menggunakan satu tangan pernah dipertandingkan sekitar akhir abad ke-19. Hanya lelaki sahaja yang dibenarkan untuk bertanding dalam acara ini. Dalam acara ini, peserta perlu mengangkat pemberat ke udara, sama seperti acara angkat berat zaman sekarang, cumanya mereka menggunakan satu tangan. Ada yang nak cuba?

Panjat Tali

Image via:weekendthrill

Satu lagi acara sukan yang melibatkan tali. Mungkin orang dulu-dulu suka acara yang ada tali. Acara ini dipertandingkan pada Olimpik 1896. Dalam acara ini, peserta akan berlumba untuk panjat tali dengan pantas. Masa yang paling cepat akan diambil dan dinobatkan sebagai juara. Biasanya aktiviti panjat tali ni dilakukan di dalam latihan ketenteraan. 

Terjun Jarak Jauh

Biasanya kita ada acara lompat jarak jauh, tapi untuk acara dalam air kita ada terjun jarah jauh. Konsepnya lebih kurang sama macam lompat jauh, cuma peserta perlu terjun dan membiarkan badan mereka bergerak di dalam air sejauh yang mungkin. Acara ini agak popular semasa abad ke-19 dan awal abad ke-20. Atlet dari Amerika Syarikat, William Dickey, pernah memenangi acara ini. Tapi cuma orang Amerika je yang bertanding dalam acara ni dulu.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Siapa 5 Hackers Paling Bahaya Di Dunia Ni?

Asal Usul Tradisi ‘Pindah’ Rumah Di Nusantara Sehingga Ke Amerika Syarikat!

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement