Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Suami Yang Baik”- Shukri Yahaya Ceriakan Isteri Menangis Ketika Live Buat Wargamaya Terharu

Ingatkan dalam drama je ‘sweet’ tapi di dunia nyata pun Shukri Yahaya memang manis. Hal ini dapat kita lihat melalui cara Shukri Yahaya bercakap dan melayan isterinya, Tya Adnan melalui video yang dikongsikan di media sosial.

Published

on

Dikenali sebagai hero malaya, Shukri Yahaya sering kali menghiasi ruangan televisyen dengan lakonan mantapnya di dalam drama-drama hebat seperti Andainya Takdir, 7 Hari Mencintaiku, Tiada Arah Jodoh Kita dan yang terbaru Rindu Awak Separuh Nyawa bersama gandingan hebat, Uqasha Senrose. Wataknya sebagai Khuzairi, seorang suami yang penyabar dan penyayang di dalam 7 Hari Mencintaiku masih diingati  sehingga ke hari ini. Malah, ramai yang masih tak boleh ‘move on‘ dengan karakter yang dibawa sehingga wargamaya menggambarkan Shukri Yahaya sebagai pelakon lelaki paling ‘sweet‘.

Namun, siapa sangka pelakon hebat ini sebenarnya memang mempunyai ciri-ciri tersebut di alam realiti? Ingatkan dalam drama je ‘sweet’ tapi di dunia nyata pun Shukri Yahaya memang manis. Hal ini dapat kita lihat melalui cara Shukri Yahaya bercakap dan melayan isterinya, Tya Adnan melalui video yang dikongsikan di media sosial.

Baca juga: “Kuatnya TokTi, Bukan Bersalin Caesar Ke?” – Gelagat Dato’ Sri Siti Nurhaliza Sibuk Menguruskan Majlis Tahnik Dipuji Wargamaya

Terbaru, isteri kepada Shukri, Tya Adnan, ada membuat satu ‘live’ di Instagram. Tujuan ‘live’ itu dibuat adalah untuk Tya  menunjukkan tutorial solekan kepada para pengikutnya di Instagram namun, beberapa minit kemudian scene bertukar di mana Shukri Yahaya pula yang tolong ‘makeup‘ kan isterinya. Hasilnya tak perlulah kita bahaskan di sini. Anda lihatlah sendiri.

‘Live’ tersebut berterusan hampir 2 jam. Walaupun pada mulanya ‘live’ itu sepertinya santai dan kelakar namun di akhirnya bertukar sedih. Wargamaya mula merasa sebak apabila Tya mula membuka cerita tentang ibunya yang telahpun meninggal dunia. Katanya, dia terlalu rindukan ibunya terutama apabila masuk bulan Ramadan. Akibat tidak dapat menahan sebak, Tya mula menangis dengan teresak-esak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Adnan (@tyaadnan)

Kemudian, Shukri Yahaya yang telah pun keluar daripada bilik tersebut sejak beberapa minit lalu dilihat menjengah kembali ke bilik tersebut dan bertanyakan kepada Tya tentang perkara-perkara rawak seperti tak jumpa towel, minyak dan sebagainya. Mungkin tak masuk akal bertanyakan perkara sebegitu semasa ‘live’, secara tiba-tiba pulak tu, nampak seperti Shukri Yahaya saja nak mengacau Tya. Namun, semua yang melihat live tersebut faham mengapa dia berbuat demikian.

Shukri Yahaya mungkin tak mahu isterinya menangis dan bersedih jadi itu merupakan aksi spontannya untuk mengalihkan perhatian Tya kepada perkara lain. Tya kemudian dilihat tersenyum dan tergelak dengan perangai suaminya itu. Rata-rata wargamaya menyifatkan Shukri sebagai seorang suami yang baik. Sebolehnya nak gembirakan hati isteri. Ini apa yang dikatakan wargamaya di ruangan komen.

Suka tengok pasangan macam ni, saling memberi sokongan buat satu sama lain daripada pelbagai aspek. Kita doakan semoga rumahtangga pasangan ini bahagia dan kekal ke akhir hayat.

Baca juga: “Fuh Selamat Aku Lega” – Pelakon Antagonis Azhan Rani ‘Lega’ Drama Nur Ditayangkan 1 Episod Sahaja Di Indonesia

Sumber: Tya Adnan

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement