Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Steady Je Abang Ni Tarik…” – Penyanyi Asal ‘Arrow’ Belanja Satu Lagu Sambil Tebar Roti Canai

Memang sampai sekarang masih padu suara…

Published

on

Kebiasaannya kalau makan di gerai-gerai, warung atau medan selera, pasti kita akan dihiburkan dengan kumpulan busker. Sambil makan tu ada jugalah hiburan. Tapi apa yang uniknya kali ini, abang penebar roti canai sendiri belanja satu lagu sambil sedang membuat roti canai untuk pelanggannya. Memang selamba habis abang ni menyanyi siap dengan ‘tarikan’ padu suaranya.

Bagi yang lahir selepas tahun 2000 mungkin tidak mengenali abang tersebut. Sebenarnya, abang penebar roti canai itu adalah penyanyi asal lagu tersebut, iaitu Renggo daripada kumpulan Arrow. Renggo yang dahulunya seorang penyanyi dan penghibur, kini tak menang tangan melayan pelanggan di sebuah kedai di Kampung Sungai Petai, Pasir Puteh, Kelantan. 

Dengan gaya bersahaja vokalis kumpulan Arrow itu menyanyi, ramai yang puji dengan kehebatan suaranya menyanyikan lagu ‘Niat Hati Tak nak Berpisah’ di kedai makan tersebut secara terbuka. Pada asalnya tak ramai warganet yang kenal dengan abang penebar roti canai tersebut. Namun selepas itu barulah beberapa pengguna media sosial memaklumkan bahawa abang tersebut merupakan penyanyi asal lagu itu.

Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli, dikatakan telah mula berniaga menjual roti canai sejak 10 tahun lagu. Memang seronok pelanggan-pelanggan di situ sambil makan roti canai dapat dengar suara penyanyi asal menyanyikan lagu sendiri secara langsung. Semoga perniagaan Renggo kekal steady seperti suaranya. 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Muntah Ikan Paus Ditemui Nelayan Bernilai RM1.16 Juta? Ini Sebab Ianya Amat Bernilai

“Artis Jual Kek? Dah Tak Ada Job Lah Tu!” – Lufya Tak Segan Berniaga, Janji Rezeki Halal

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement