Connect with us

Semasa & Hiburan

Siti Sarah Berang Ditegur Dengan Kasar Sebab Masak Sotong Dengan Dakwatnya, Pantas Dapatkan Penjelasan Pakar

Nak tegur pun kenalah dengan cara yang baik…

Published

on

Sotong masak hitam tak bersalah. Itu kata Penyanyi Siti Sarah Raisuddin apabila dia menerima teguran yang agak kasar selepas berkongsi video dia memasak sotong bersama dakwatnya sekali. Mungkin pada asalnya memang Siti Sarah tidak tahu apa hukum memasak sotong bersama dakwat hitamnya sekali, namun itu tak bermakna dia harus menerima teguran yang kasar.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikannya itu, ada antara pengikutnya yang tegur hukum masak sotong bersama dakwat hitam itu adalah haram. Bagaimanapun, Siti Sarah yang juga merupakan isteri kepada Shuib itu terus menghubungi orang yang lebih pakar untuk mendapatkan kepastian. 

Baca juga: [VIDEO] “Macam Lag Tapi Kipas Smooth Je” – Netizen Terhibur Gelagat Pelajar Pura-Pura ‘Tersekat’ Semasa Kelas Online

Hasil pertanyaan kepada seorang pendakwah bebas popular, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, dan dijawab melalui voice note di WhatsApp, akhirnya terjawab apa yang dimasak oleh Siti Sarah itu adalah tidak salah.

“Jangan pula ada yang pertikaikan lagi sebab mufti sendiri ada bagi penjelasan di laman web dia. Dalam tu boleh baca hukum makan dakwat sotong adalah harus. Haa siapa yang cakap  bo**h tu?,” tulis Siti Sarah di ruangan kapsyennya.

Sememangnya bagi Siti Sarah tidak salah untuk menegur tetapi tidak perlu untuk disertakan dengan ayat-ayat yang kasar. Hukum hakam pun dah jelas, jadi bolehlah siapa yang nak masak sotong masak hitam. 

Tapi kena fahamkan ianya harus kerana dakwat hitam itu memang dah sebahagian daripada sotong. Kalau beli dakwat sotong tu secara asing, maka ia tidak dibenarkan untuk makan. 

Baca juga: “Tak Mati Pun Kuarantin Sekejap” – Wujud Golongan Silent Carrier, Netizen Salahkan Audio Tersebar Di WhatsApp

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement