Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Siapa Jaga Siapa Ni?” – Gambar Terbaharu Anak Eyra Hazali Undang ‘Kegeraman’ Netizen

Gelagat anak sulung Eyra, Muhammad Hayder Qalish menjadi tumpuan dengan gayanya yang comel…

Published

on

Tahun ni mungkin akan menjadi tahun yang ramai dalam kalangan artis menyambut cahaya mata baharu dalam hidup mereka. Antaranya adalah seperti penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang akan melahirkan cahaya mata keduanya. Bagi kalangan wargamaya pula, seperti biasa kita akan turut sama tumpang gembira buat mereka. Tambah lagi, memang tak sabar nak tatap kecomelan wajah anak-anak mereka nanti. 

Selain menunggu kelahiran, ramai juga yang sudah melahirkan dan kini sedang bahagia menjalani kehidupan sebagai seorang ibu dan ayah. Terkini, perkongsian gambar baharu anak kepada pelakon, Eyra Hazali atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali pula mencuri tumpuan wargamaya di Twitter. Gambar tersebut memaparkan seolah-olah si anak yang menjaga ayah yang sedang tidur. 

“Betullah tu kalau lelaki jaga anak, lelaki yang tidur dahulu,” ujar seorang wargamaya kepada hantaran tersebut.

Mungkin situasi ini juga sering terjadi kepada kita yang lain semasa sedang menjaga anak kita yang masih kecil. Kitalah yang tertidur dahulu sebelum anak kita. Bagaimanapun, gelagat anak sulung Eyra, Muhammad Hayder Qalish menjadi tumpuan dengan gayanya yang comel. Rata-rata wargamaya berasa geram dengan kecomelan Hayder yang seolah-olah tahu ibunya sedang mengambil gambarnya.

Tidak kurang juga ada yang berasa geram sehingga ingin menggigit anak Eyra. Mungkin terlampau geram dengan kecomelan anaknya ditambah seyuman manis itu. Apa-apa pun, kita doakan semoga Hayder membesar dengan sihat dan baik. 

Baca juga artikel menarik lain:

[VIDEO] “Dengan Mesin Pun Nak Gaduh” – Gaya Amy Search Cakap Cina Bikin Netizen Pecah Perut

Gagal Imbas Kod QR MySejahtera, Lelaki Ini Jadi Antara Yang Pertama Dikompaun RM10,000

 

 

 

 

Sumber daripada: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement