Semasa & Hiburan
Sheikh Muszaphar Dapat Kembar Lagi, Dah Plan Untuk Anak Ketujuh!
Dah rancang untuk anak ketujuh!
Tidak lokek berkongsi tentang rahsia dan ilmu mendidik anak, membuatkan ramai mengikutinya di Instagram. Perkongsian terbaru memberitahu kabar gembira akan kelahiran anak kembarnya hari ini membuatkan ramai teruja.
Isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos, 39, selamat melahirkan bayi lelaki jam 9.47 pagi diikuti bayi perempuan jam 9.48 pagi tadi secara pembedahan.
Alhamdulillah – syukur sangat. Both twins were delivered one minute apart.
Twin Boy – 947 am at 2.26 kg
Twin Girl – 948 am at 2.17 kg
They both look more like our other kids B, T , A and N … a mixture of everything . Its just too early to tell. No sleep for Dr Halina – its breastfeeding every 2 hours .Wish I could be of help there.PS – Already planning for our next baby . But need to convince Dr Halina first – 😄
View this post on Instagram
Dr Sheikh Muszaphar berkata, beliau juga sudah mula merancang untuk ‘mendapatkan’ anak ketujuh sebaik anak kembarnya itu dilahirkan.
Menurut laporan Harian Metro, beliau memang seorang yang sukakan kanak-kanak dan pada masa sama, mahukan anak yang ramai kerana mahu membimbing mereka yang dilihat seperti versi dirinya yang kecil.
“Selain itu, ada kelebihan memiliki anak yang ramai walaupun sukar untuk menjaga mereka sekarang (semasa kecil). Bila mereka sudah besar nanti, anak-anak boleh menghilangkan kesunyian apabila kami sudah tua. Disebabkan itu, kini saya sudah bercadang untuk mendapatkan anak ketujuh. Bagi tujuan itu, saya perlu meyakinkan isteri terlebih dulu.”
Baca juga:
Isteri Dr Sheikh Muszaphar Dipaksa Bersalin Awal Kerana Preeklampsia
“Saya sempat melahirkan anak..!Erma Fatima Kongsi Gambar Anak Baru
Sumber: Instagram