Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Saya Block Sahaja Akaun Itu..”Aishah Akui Sekat Instagram Dato Sri Siti Nurhaliza

Aishah bagaimanapun akui akan tindakannya itu dan menjelaskan bahawa ia berlaku dengan secara tidak sengaja.

Published

on

Baru-baru ini, penyanyi legenda, Aishah diberi tanggungjawab untuk membawa lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal oleh Dato Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) lalu. Persembahannya telah mendapat pujian malah beliau juga dikatakan memberi saingan sengit kepada Ernie Zakri untuk Anugerah Vokal Terbaik pada malam itu. Namun, nama Aishah kembali menjadi bualan hangat warganet di Twitter apabila beliau dikatakan telah menyekat akaun Instagram TokTi.

Aishah bagaimanapun akui akan tindakannya itu dan menjelaskan bahawa ia berlaku dengan secara tidak sengaja.  Aishah yang terkenal dengan lagu Janji Manismu itu berkata, beliau tidak tahu bahawa akaun yang disekatnya itu adalah kepunyaan TokTi. Difahamkan kejadian itu bermula semasa sesi separuh akhir Muzik-Muzik 35 apabila dia telah menerima pelbagai kutukan dan kecaman daripada warganet di Instagram miliknya. Akibat tidak mahu komen negatif itu memakan dirinya, Aishah mengambil keputusan untuk menyekat semua akaun Instagram tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Aishah kemudiannya menyedari kejadian itu apabila seorang pengikutnya memberi mesej di Instagram miliknya supaya tidak menyekat akaun TokTi lagi dan barulah dia perasan bahawa dia sebenarnya sudah tersalah dan sekat akaun Instagram TokTi tanpa sengaja. Aishah menambah, beliau rasakan kecuaiannya mungkin berpunca daripada kekeliruan yang dialaminya apabila terlalu ramai tag nama seakan “SITI” di komen dan akibat tidak tahan membaca kritikan dan kecaman, Aishah terus menyekat akaun yang ada di ruangan komen itu.

Aishah menegaskan beliau sudah tidak lagi menyekat akaun Siti sejurus selepas beliau menyedari perkara berkenaan. Apapun, pada malam AJL35, Aishah telah membawa lagshu Aku Bidadari Syurgamu itu dengan sangat indah dan ia telah mendapat pujian pelantun asal lagu tersebut. Ia bukanlah satu lagu yang mudah, namun Aishah berjaya membawanya dengan cara tersendiri.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tanpa Segan Silu DM Nak Tahu Jenis Material, Aishah Pelik Ramai Peniaga Kaki Ciplak

“Patutlah Cepat Sangat Tukarnya!” Shiha Zikir Pecah Rahsia Salin Baju 5 Saat Di Pentas AJL35

 

 

 

Sumber: Kosmo

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement