Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Sampai Tahap Jatuh Benci..”-Aloy Paradoks Mahu Bawa Isu Bayaran Tertunggak Ogy Ke Makamah

“Tapi dia ada sahaja dalam group Whatsapp kami namun seperti biasa, dia hanya berdiam diri sahaja dalam tu.”

Published

on

Walau sedikit mana jumlahnya, hutang tetap hutang dan perlu dilangsaikan. Isu bayaran tertunggak penulis skrip teater komedi Korupsi Dewan Semandung, Aloy Paradoks dan Fauziah Ahmad Daud masih belum selesai malah isu itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Menurut Aloy;

Perasaan saya pada dia dah jadi lain sekarang ni. Saya dah sampai tahap jatuh benci pada dia. Semua janji-janji yang ditaburkan sebelum ini tak pernah dikotakan. Kalau saya dah benci orang itu, memang saya tidak akan hubungi dia. Tapi dia ada sahaja dalam group Whatsapp kami namun seperti biasa, dia hanya berdiam diri sahaja dalam tu.”

Tambah Aloy, dirinya masih belum menerima bayaran sejak tahun lepas dan hanya bagi muka kepada Ogy kerana hormat sebagai orang lama dalam industri.

Namun, selepas merasakan dirinya seakan dipergunakan, Aloy mahu haknya ditegakkan agar tiada orang lain menjadi mangsa selepas ini.

Disebabkan itu dia mahu membawa perkara tersebut ke Makamah Tuntutan Kecil sebaik tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir nanti.

Apa pun, diharapkan kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Mohon kedua pihak berbincang agar isu ini tidak berlarutan.

 

Baca juga:

Hampir Setahun, Ogy Ahmad Daud Masih Tak Bayar Upah Penulis Skrip Lagi

“Payment Pun Tak Bayar Beriya Nak Saman Ye..”- Zarina Anjoulie Dakwa Di ‘Block’ Ogy

 

 

 

 

Sumber: mstar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement