Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Rizman Ruzaini Kecewa & Marah Baju Rekaan Dipakai Wanita Berhijab

“Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu..”

Published

on

Masih belum reda lagi isu ni tau. Sejak akhir-akhir ni makin ramai yang bersuara dan tidak bersetuju dengan fesyen digayakan pelakon Natasha Hudson yang viral.

Ramai juga bertanya-tanya siapakah designer busana tersebut dan akhirnya kini pereka busana tersebut sendiri telah bersuara. Busana cantik tersebut telah direka oleh pereka fesyen popular Rizman Ruzaini. Ha, bukan calang-calang fashion designer nya tau!

Tidak berdiam diri, Rizman Ruzaini terkejut apabila mengetahui koleksi rekaannya itu dipakai selebriti bertudung. Menurut Rizman, baju berwarna putih dengan gaya terdedah pada bahagian bahu tersebut telah dibeli seseorang yang tidak diketahui identitinya menerusi online sejak tiga bulan lalu.

“Baju tersebut adalah koleksi pakaian pengantin yang telah dibuat sejak tiga tahun lalu dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus.

Sejujurnya, sebagai pereka baju tersebut, saya terkejut dan agak kecewa kerana si pemakainya seseorang yang berhijab.

“Sedikit sebanyak tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi jenama Rizman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun lalu,” katanya.

Menurut Rizman lagi, dia telah banyak bekerjasama dengan ramai selebriti berhijab seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan tahu bentuk pakaian yang bersesuaian dengan imej wanita menutup aurat.

Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu dia (Natasha Hudson) yang memakai baju itu kerana dia berhijab. Rekaan baju tersebut direka untuk wanita free hair (tidak berhijab) dan pernah digayakan oleh aktres Fasha Sandha,” katanya.

Dalam pada itu, Rizman turut menegur penatarias yang menggayakan Natasha semalam supaya lebih peka dengan imej seorang wanita muslim yang berhijab supaya menjaga sensitiviti masyarakat.

 

Baca juga:

Bergaya Hijab Dengan Busana ‘Off Shoulder’ Tayang Betis, Natasha Tahu Batas Agama

“Pakai Baju Santa Claus Pun Salah? Jangan Buat Islam Complicated..”- Fasha Sandha

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement