Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Rela Tangan ‘Dijamah’ 5,000 Nyamuk Demi Kajian

Besar pengorbanannya…

Published

on

Sungguh besar pengorbanan seorang Pakar Entomologi di Universiti Melbourne, Australia sehingga sanggup mengorbankan tangannya untuk digigit ribuan nyamuk. Bukan seribu atau dua ribu, tetapi 5,000 ekor nyamuk dibiarkan menggigit tangannya!

Dikatakan perkara tersebut dilakukannya demi menyempurnakan kajian berkaitan mencegah jangkitan demam denggi. Menurut laporan, Dr Perran Stott-Ross telah menjalankan kajian terhadap nyamuk sejak beberapa tahun lalu. 

Secara terperincin, kajian yang dilakukan itu bertujuan untuk mencari langkah berkesan bagi mengelak jangkitan daripada nyamuk Aedes yang menjadi pembawa virus denggi. Jadi untuk menjayakan kajian ini, saintis tersebut sanggup membiarkan tangannya digigit nyamuk yang menghisap darah dan memantaunya secara dekat.

Kajian yang mencabar ini dikatakan mula dijalankan sejak bulan Mac lalu dan menurutnya gigitan nyamuk itu agak menyakitkan tetapi dia perlu elak daripada menggarunya. 

Melalui perkongsian gambar tangannya yang digigit ribuan nyamuk, rata-rata warganet memuji kesungguhan saintis tersebut dalam kajiannya. Mungkin selepas beberapa bulan tangan dia pun dah kebal dengan semua gigitan nyamuk tu

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement