Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Rangka T-Rex Dijual Pada Harga RM132 Juta! Ini Antara Barang Rare Lain Yang Dilelong Mahal

Kita ni mampu tengok je harga tu…

Published

on

Pembelian barang-barang rare pada harga yang tinggi memang sudah menjadi lumrah, namun baru-baru ini satu daripada spesimen lengkap dinosaur berjaya dijual pada harga AS$31.8 juta dalam sebuah acara lelongan yang dianjurkan syarikat lelong terkemuka, Christie, di New York. Anggaran harga tersebut jika ditukar kepada ringgit Malaysia adalah kira-kira RM132 juta. 

Spesimen dinosaur jenis tyrannosaurus atau lebih mesra dikenali sebagai T-Rex, kini menjadi rangka haiwan purba termahal yang pernah dijual kepada umum. 

Semasa sesi lelongan itu berlangsung, rangka T-Rex dibuka pada harga permulaan antara AS$6 juta (kira-kira RM24 juta) hingga AS$8 juta (kira-kira RM33 juta). Mungkin kalau kita join sekali lelongan tu mampu tengok je lah. Bidaan spesimen T-Rex itu hanya mengambil masa dua minit sahaja untuk mencecah angka RM37 juta. Namun, sebaik tukul bidaan diketuk, nilai akhir mencecah AS$27.5 juta (kira-kira RM114 juta), tidak termasuk kos tambahan dan komisen. Sungguh kaya individu yang membeli rangka T-Rex ini. 

Walaupun bidaan tersebut dilakukan di New York, namun terdapat pengumpul barangan purba dari Hong Kong dan London yang turut mengambil bahagian menerusi panggilan telefon. Menurut laporan, sehingga kini hanya kira-kira 50 fosil T-Rex yang ditemui sejak kaji gali yang dijalankan pada tahun 1902.

Selain T-Rex yang boleh dikategorikan sebagai barangan rare yang tidak boleh didapati dengan mudah, jom kita lihat barangan rare lain yang pernah dilelong dan dibeli pada harga tidak masuk akal.

  • Ferrari Tahun 1962

Ferrari 250 GTO dari tahun 1962 ini dijual di sebuah rumah lelong Sotheby pada bulan Ogos 2018, ia menjadikannya kereta paling mahal yang pernah ditawarkan dalam lelongan. Nilai jualan adalah AS$48.4 juta (kira-kira RM201 juta).

  • Meja Purba Zaman Dinasti Ming Dan Qing

Meja ini dikatakan diperbuat daripada jenis kayu rosewood atau disebut dalam bahasa cina sebagai Huanghuali. Disebabkan meja purba ini dikategorikan sebagai rare dan tiada pembuatannya lagi, ia telah dijual pada tahun 2013 dengan harga AS$9 juta (kira-kira RM37 juta).

  • Koleksi Barang Kemas Elizabeth Taylor

Koleksi barang perhiasan bintang Hollywood ini merangkumi kalung mutiara semula jadi yang digelar La Peregrina, serta beberapa barang perhiasan lain. Dalam lelongan yang berlangsung pada tahun 2011, ia berjaya dijual pada harga AS$116 juta (kira-kira RM481 juta). Hasil penjualan itu telah memberi manfaat kepada Yayasan Elizabeth Taylor.

  • Lukisan Yang Dikaitkan Dengan Leonardo da Vinci

Lukisan yang dikenali sebagai “Salvator Mundi” itu memegang rekod karya seni paling mahal yang pernah dilelong. Ia dilelong oleh syarikat lelong terkemuka, Christie, pada November 2017 dengan harga AS$450.3 juta (kira-kira RM1.87 bilion). Lukisan tersebut dipercayai dihasilkan oleh Leonardo da Vinci dan dianggap sebagai salah satu daripada 20 lukisan yang mempunyai kaitan dengan artis tersebut.

Baca juga artikel menarik lain:

Kisah Sebenar Di Sebalik Tenggelamnya Kapal Titanic Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Cara-Cara Berkesan Memulakan Habit Baru. Belum Cuba Belum Tahu!

 

 

 

 

 

Sumber berita: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement