Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Rancangan Jejak Rasul Bantu Saya” – Fedtri Yahya Banyak Bantu Pelajar India Ini Sehingga Skor A+ Tasawwur Islam

Memang hebat pelajar ini mampu dapat A+ selepas belajar menerusi rancangan seperti Jejak Rasul…

Published

on

Tentu ramai adik-adik yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 berasa teruja hari ini dengan keputusan masing-masing. Kalau ikut berita, pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) SPM 2020 adalah terbaik dalam tempoh lima tahun. Syabas diucapkan buat semua pelajar yang telah memberikan hasil terbaik walaupun terpaksa belajar dalam suasana negara dilanda pandemik. 

Sementara itu, terdapat satu perkongsian menarik yang dimuat naik oleh pengacara dan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya mengenai seorang pelajar yang cemerlang subjek Tasawwur Islam. Apa yang menarik, pelajar tersebut bukanlah berbangsa Melayu mahupun beragama Islam, tetapi berbangsa India. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Baca juga:“Masa Tu Akan Tiba Mommies” – Elfira Loy Mohon Maaf Buat Ramai Insecure Dengan Perkembangan Anaknya

“Pelajar India yang amat meminati bahasa Melayu dan subjek berkaitan agama sehingga mendapat A+ dalam Tasawwur Islam,” kongsi Fedtri di Instagramnya.

Bagi subjek Tasawwur Islam ni sesiapa sahaja boleh skor A+ kalau belajar rajin-rajin. Cumanya untuk adik ini yang dikenali dengan nama Sai Easwaran, dia banyak mempelajari mengenai Islam menerusi rancangan TV seperti Tanyalah Ustaz, Halaqah dan juga Jejak Rasul. Dari situ, pelajar tersebut mengulangkaji pelajaran bagi subjek tersebut. Memang sangat kagum dengan cara pelajar ini mendapatkan ilmu!

Selain daripada program TV yang ilmiah, pelajar itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada Fedtri kerana sentiasa berkongsi maklumat tentang Islam dan Bahasa Melayu di Instagram dan juga Facebook. Maka, tidak sia-sia perkongsian Fedtri tentang ilmu di media sosial kerana ia dapat memberikan manfaat kepada sesiapa sahaja. Tahniah diucapkan buat pelajar tersebut dan semoga terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peringkat seterusnya. 

Baca juga:“Pakai Otak Bukan Pakai Benda Ni” – Jawapan Aaisyah Jawab Soalan Matematik Buat Che Ta Rasa Nak ‘Koyak’ Mulut

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement