Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Ramai Guru Tak Setuju Pendapat Pensyarah Ini Tentang Cara Pembelajaran Online Yang Berkesan

Cara mana sekalipun, harap ia yang terbaik untuk para pelajar…

Published

on

Selain mereka yang bekerja, pelajar dan guru-guru sekolah juga terkesan dengan pandemik COVID-19 yang memaksa kita semua melakukan tugasan harian di rumah. Satu kejutan budaya berlaku apabila pembelajaran secara online menjadi wadah utama sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rata-rata menyuarakan rasa sukar untuk belajar secara online disebabkan tiada kemudahan internet atau komputer di rumah. 

Bagi guru-guru pula, ia boleh dikatakan sebagai cabaran baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagaimanapun, seorang pensyarah menyuarakan pendapat kepada para guru tentang cara P&P yang berkesan. Menurutnya, pembelajaran online dibuat oleh guru-guru seolah-olah gurunya tidak mengajar apa-apa kerana hanya meminta pelajar klik pada link dan jawab soalan. 

Tambahannya lagi, guru-guru sepatutnya menggunakan baki cuti untuk merekod video sendiri mengajar. Menurutnya, murid-murid lebih mudah faham jika melihat gurunya sendiri yang mengajar. Selain itu, pensyarah itu turut mencadangkan penggunaan Power Point untuk dijadikan sebagai nota kepada murid-murid.

Menurutnya, agak sukar sekiranya satu keluarga itu mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah dan perlu menghadiri kelas online dalam waktu yang sama. Oleh sebab itu, pensyarah tersebut memberi cadangan seperti berikut:

Dalam pada itu, ramai juga guru-guru yang kurang bersetuju dengan cadangan yang diberikan. Mungkin mereka ada alasan tersendiri berdasarkan pengalaman masing-masing.

Tak kurang juga yang bersetuju termasuk ibu bapa guru-guru sendiri. 

Apa-apa pun, kita kena akui yang proses pembelajaran semasa PKP ini adalah sedikit sukar dan memerlukan kerjasama semua pihak. Semoga pembelajaran murid-murid dapat diteruskan dan tidak terabai.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Intipati Dan Senarai Pakej Bantuan PERMAI Yang Diumumkan Perdana Menteri

Cuai Tidak Kunci Lokap Sehingga Remaja Perempuan Dakwa Dirogol

 

 

 

 

Sumber daripada: Facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement