Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Netizen Luah Rasa Kecewa Video Khidmat Pesanan Masyarakat KPDNHEP Tidak Menggambarkan Situasi Semasa

Ramai yang kecewa dengan video yang dihasilkan KPDNHEP sebab tak menggambarkan keadaan semasa…

Published

on

Memang tidak boleh dinafikan lagi keadaan ekonomi semasa di serata dunia kini kian merosot. Antara faktor terbesar keadaan sekarang adalah kerana pandemik COVID-19. Kalau ikut laporan akhbar Harian Metro pada bulan Februari, dilaporkan berlaku peningkatan dalam jumlah rakyat Malaysia yang jatuh miskin kesan daripada pandemik Covid-19. Ramai kumpulan berpendapatan sederhana (M40) jatuh menjadi kumpulan berpendapatan rendah (B40).

Harga barangan di pasaran juga dilaporkan meningkat. Mengikut laporan daripada akhbar Utusan Malaysia, Harga ayam segar di pasar awam di bandar raya Johor Bahru meningkat lagi kepada RM9.60 sekilogram mulai hari ini selepas para peniaga dimaklumkan perkara itu oleh pembekal sejak semalam.Ia merupakan peningkatan sebanyak 40 sen berbanding harga sebelum ini iaitu RM9.20.

Baca juga: #KerajaanGagal Trending Di Twitter Kini Cecah Lebih 150 Ribu Ciapan

Walaupun tidak besar jumlah perbezaan harganya, namun kenaikan harga itu pasti dirasai buat golongan B40. Sementara itu, di Twitter tular pula sebuah video pesanan khidmat masyarakat (PSA) yang dihasilkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP). Video pendek tersebut memaparkan sebuah mesej ringkat mengenai tabiat berbelanja secara berlebihan di pasar raya. 

Menerusi video tersebut, mesejnya kepada masyarakat adalah agar kita tidak berbelanja secara berlebihan. Namun, video PSA yang dihasilkan itu mendapat kritikan hebat daripada wargamaya sehingga ada yang menggelarnya sebagai sebuah mesej yang ‘tone deaf’. 

Rata-rata tidak bersetuju dan meluahkan rasa kecewa terhadap video yang dihasilkan KPDNHEP itu. Mereka merasakan video tersebut tidak menggambarkan keadaan sebenar dalam ekonomi semasa. Gambaran bahawa masyarakat gemar berbelanja secara berlebihan dalam ekonomi semasa itu dilihat tidak benar. 

Walaupun tujuan asal video berkenaan adalah baik, iaitu mengingatkan orang ramai untuk tidak berbelanja secara berlebihan, namun rata-rata rakyat merasakan ia sebuah penghasilan video yang tidak memahami situasi semasa rakyat.

Baca juga: “Baby Nampak Sihat” – Asyraf Khalid Kongsi Gambar Adik, Peminat Teruja Dapat Melihat Wajah Anak Lelaki Tokti

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement