Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Netizen Berang Masih Ada Kes Kematian Penunggang Motosikal Langgar Lubang Jalan Raya

Sampai bila nak dengar berita macam ni…

Published

on

Rasanya masih baru lagi isu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang jatuh dan cedera selepas melanggar lubang jalan semasa menunggang basikal. Lubang yang dilanggar KJ dikatakan agak dalam dan menyebabkan kecederaan ringan. Pada ketika itu, ramai warganet meminta agar pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil tindakan susulan terhadap semua jalan yang berlubang di negara ini, tidak kira sama ada ia dilanggar oleh orang kenamaan ataupun tidak.

Bagaimanapun, selang seminggu kemudian, terdapat satu kes kematian melibatkan seorang warga emas yang terlanggar jalan berlubang. Seorang lelaki warga emas, Ho Yan Fee, berusia 75 maut selepas terbabas sendiri sebelum terseret beberapa meter. Kejadian dikatakan berlaku di laluan tengah menghala ke Midvalley, Kuala Lumpur sekitar 7.30 pagi, dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, ramai warganet mempertikaikan layanan ‘antara dua darjat’ oleh pihak berwajib terhadap kes ini. Sementara itu, seorang pengguna Twitter turut meminta agar pengguna jalan raya yang menggunakan laluan lebuh raya Salak menghala ke lebuh raya Persekutuan atau Mid Valley untuk berhati-hati dengan satu lubang di jalan yang boleh memuatkan tayar keretanya. 

Mungkin disebabkan isu jalan berlubang ini bukanlah satu isu yang baru, maka ramai warganet menggesa agar pihak yang bertanggungjawab segera menyelesaikan isu ini. Harap-harap lepas ni setiap aduan daripada pengguna jalan raya boleh terus ambil tindakan untuk betulkan jalan raya yang berlubang tu. Semoga tak ada lagi berita kematian akibat terlanggar lubang jalan.

Baca juga artikel menarik lain:

Jatuh Langgar Lubang Jalan, JKR Minta Maaf Pada KJ

Seronok Berswafoto Sehingga Membawa Maut!

 

 

 

Sumber berita: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement