Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Nampak Sepadan” – Kongsi Gambar Untuk Promo, Ramai Pula Yang Nak Tengok Syafie Dan Siti Couple Betul-Betul

Mungkin sebab nampak sangat serasi dan sepadan, jadi Syafie dan juga Siti nampak secocok kalau jadi pasangan kekasih…

Published

on

Biasalah kalau mana-mana pelakon lelaki dan wanita yang digandingkan dalam drama atau filem, kalau nampak sweet mesti para peminat nak tengok mereka bersama juga di luar set. Hal ini juga tidak terlepas buat pelakon muda Syafie Naswip dan juga Siti Khadijah Halim apabila gambar mereka berdua dikongsikan di Instagram milik Syafie. 

Namun, apa yang menariknya gambar tersebut hanya untuk mempromosikan telemovie terbaharu mereka sahaja. Belum keluar cerita dekat TV, peminat-peminat semua dah tak sabar nak tengok gandingan mereka berdua. Bukan setakat tak sabar, malah ramai yang meminta untuk mereka berdua couple betul-betul.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip)

Mungkin sebab nampak sangat serasi dan sepadan, jadi Syafie dan juga Siti nampak secocok kalau jadi pasangan kekasih. 

Baca juga: [VIDEO] “Batuk Pun Comel” – Netizen Kagum Anak Bongsu Nora Danish Nampak Ceria Walaupun Sakit

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya merasakan mereka berdua patut menjadi pasangan kekasih yang betu. Bagaimanapun, Syafie membalas setiap komen tersebut dengan menyatakan “shoot only”. Jadi sebagai peminat, kita hanya boleh lihat mereka sebagai couple dalam TV sahajalah.

“Ini betul-betul ke lakonan? Semoga ada jodoh,” tulis salah seorang wargamaya di ruangan komen.

Selain itu, tidak kurang juga yang merasakan cemburu melihat gandingan mereka. Tidak kurang juga dengan para peminat Syafie yang memuji dia kini kelihatan semakin tampan. Bagi yang tidak tahu, Syafie Naswip ni dah lama berkecimpung dalam dunia lakonan sejak di usia kanak-kanak lagi. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan telemovie daripada mereka ini. 

Baca juga: “I’ve Got A New Rocking Partner” – Leez Rosli Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Aepul Roza Kongsi Gambar Bayi

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement