Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Nama Dia Ain Bukan Aina” – Kini Giliran Fayhsal Pula Dihentam Wargamaya Gara-Gara “Tidak Peka”

Hari ini, nama Aina dan perkataan “Miss Treated” tular di Twitter gara-gara posting Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal di laman Instagramnya. Dia dihentam hebat gara-gara penggunaan bahasa Inggeris yang salah serta nama Aina yang sepatutnya ialah Ain.

Published

on

Hari ini, nama Aina dan perkataan “Miss Treated” tular di Twitter gara-gara posting Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal di laman Instagramnya. Dia dihentam hebat gara-gara penggunaan bahasa Inggeris yang salah serta nama Aina yang sepatutnya ialah Ain iaitu pelajar sekolah yang tular sebelum ini kerana mendedahkan jenaka rogol di kalangan guru dan pelajar lelaki di sekolah.

Baca juga: “Mentaliti Rendah, Education Pun Jadi Lucah” – Kaunselor Laktasi Minta Hentikan Normalisasi Kelucahan

 

Seorang pengguna di laman Twitter memuat naik kembali posting berkenaan di Twitter. Ciapan itu mendapat perhatian ramai sehingga ianya tular.

Ada yang berkata Ahmad Fayhsal tidak peka dengan dengan keadaan semasa sehingga nama Ain yang viral baru-baru ini pun boleh tersalah.

Selain itu, ramai juga yang mengecam penggunaan bahasa Inggeris Ahmad Fayhsal yang seakan-akan tidak pernah tahu asas menulis menggunakan bahasa ini. Terdapat banyak kesalahan yang didapati di dalam satu ayat yang di bina sehingga ia tidak dapat diendahkan.

 

Antara kesalahan perkataan bahasa Inggeris yang digunakan adalah “miss treated” yang sepatutnya dieja “mistreated”. Perkataan itu trending di Twitter hari ini dengan lebih 2 ribu ciapan mengenainya.

Setelah ditinjau kembali, kini kapsyen di posting Wan Ahmad Fayhsal yang tular itu telah pun dibetulkan dan ruangan komen posting tersebut ditutup.

Apa pun, kita berharap agar isu ini tidak berpanjangan dan berlarutan. Ahmad Fayhsal pun sudah kembali membetulkan kesalahannya.

 

Baca juga: “Ibu-Ibu Memang Macam Ni Eh?” –  Wawa Zainal Terharu Kali Pertama Anak-Anak Beri Kad Ucapan Hari Ibu

Sumber: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement