Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“ Nak Jadi Suri Rumah Berjaya”- Wife Nubhan Berhenti Kerja Sebagai Doktor Gigi

Akhirnya isteri Nubhan membuat keputusan untuk berhenti bekerja!

Published

on

Sebelum ini pernah menjadi perbincangan antara penyanyi Nubhan dan isterinya, Dr ‘Afifah Tawfek tentang kerjaya isterinya menerusi IGTV posting akaun Instagram Nubhan.

Dia meminta isterinya berhenti kerja untuk menjaga keluarga kecil mereka. Tapi, ditentang keras kerana menurut Dr. ‘Afifah Tawfek itulah kerjaya yang diidamkan selama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad) on

Setelah hampir lapan bulan berlalu, akhirnya isteri Nubhan membuat keputusan untuk berhenti bekerja. Menurut apa yang ditulis di kapsyen posting Instagram Nubhan, isterinya berhenti kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa bermain telefon pintar.

Dengan keputusan itu, Nubhan siap menyanyikan sebuah lagu untuk isterinya. Mungkin tanda penghargaan. Comel betullah pasangan suami isteri ni.

Bagaimanapun, isterinya bukan berhenti terus dari dunia perubatan tapi akan buka klinik sendiri. Apa pun, kami dari Kool FM mendoakan segala keputusan dan perancangan mereka berdua berjalan dengan lancar.

Lihatlah video penuh kemeriahan sambutan hari perpisahan Dr ‘Afifah di Klinik Perubatan Pergigian di Seremban.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Tak perlu gimik nak popular,” – Nubhan

Nikah Setiap Tempat Yang Dilawati, Lelaki Ini Ada 120 Isteri, 28 Anak!

Sumber: instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement