Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Muat Naik Video Anak Bermain Tisu, Anak Fasha Sandha Dipuji Seiras Anak Fazura

Kalau tak geram melihat gelagat comel mereka berdua ni, tak sah kan.. Macam adik-beradik!

Published

on

Setiap daripada kita mesti akan cair apabila melihat gelagat dan teletah kanak-kanak yang comel. Lumrah menjadi anak kepada selebriti, mereka tidak terkecuali daripada menjadi pemerhatian netizen. Selain daripada si comel Nur Fatima Aisyah, anak kepada pelakon Fazura dan Fattah Amins, si cilik Aisha Amaira anak pelakon Fasha Sandha dan Mohd Aidil turut menjadi tumpuan netizen dek kerana karenah dan wajah Aisha yang mengeramkan. Mata besar, pipi gebu…comel sangat!

Baca juga: “Muka Ketat Pun Comel” – Kongsi Gambar Di Instagram, Ramai Terpegun Kecomelan Anak Fasha Sandha

Semalam, Fasha telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan gelagat Aisya sedang leka bermain ’tisu’. Video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya membuat netizen meluahkan rasa geram terhadap gelagat Aisya yang seakan ‘melepaskan’ geram dengan mengoyakkan tisu di tangannya. Alahai, tangan tu dah la gebu, nak gigit je rasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Ruangan komen Fasha dibanjiri dengan kata-kata pujian pengikutnya yang memuji melihat wajah Aisya yang putih dan sihat itu. Ada juga yang berkata wajah Aisya ini mirip dengan wajah Fatima, anak comel Fazura dan Fattah. Fasha yang teruja membaca  komen itu bersetuju dengan apa yang diperkatakan. “Yaa…sama kan..agaknya masa pregnant suka tengok muka mommy Fatima” ujar aktres jelita itu.

Orang kata, di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Begitulah perumpaan yang sesuai untuk menggambarkan kecantikan Aisya dan Fatima yang saling tidak tumpah jelita seperti ibu mereka. Kecil lagi dah comel, besar nanti mesti semakin menawan. Semoga anak-anak kecil ini membesar dengan sihat dan sentiasa berada di bawah pelindunganNya.

Baca juga: “Wah Macam Muka Daddy” – Ramai Geram Kecomelan Fatima, Wajah Dikatakan Ada Iras Fattah Amin

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Fasha Sandha 

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement