Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Mak aii.. RM16.90?” Alif Syukri Jual Mi Segera Harga Kayangan Dikecam Warganet

Dato’ Sri Aliff Syukri telah menerima kecaman dan sindiran hebat daripada warganet apabila mengeluarkan produk mi segera yang diberi nama Mie Congek berharga RM16.90.

Published

on

Baru-baru ini tular di Facebook mengenai produk terbaru seorang ahli perniagaan yang sering diperhatikan oleh warganet, Dato’ Sri Aliff Syukri telah menerima kecaman dan sindiran hebat daripada warganet. Aliff telah mengeluarkan produk mi segera yang diberi nama Mie Congek berharga RM16.90.

Menerusi perkongsian Alif di Facebook, difahamkan pihaknya telah melakukan kajian terperinci selama enam bulan sebelum mengeluarkan produk tersebut yang menyasarkan kepada pengguna yang menggemari perisa ayam. Tambahnya, dia yakin produk tersebut lebih sedap daripada mi segera yang sedia ada di pasaran dan pastinya terlajak sedap dan enak.

Jom rasa mee conggek sy.. pasti sedap dan terangkat.. yg ada duit cuba lahh.. yg kurang duit sila menabung dulu..✌️

Posted by Aliff Syukri Terlajak Laris on Thursday, 25 February 2021

Menurut Aliff, rasa mi segeranya itu amat berbeza sehinggakan dia sendiri sukar untuk gambarkan rasanya. Mi Congek yang diberi harga kayangan itu hanya perlu direbus sahaja kerana di dalam ini cukup penuh dengan sayuran dan juga ayam yang segar dari ladang.

Ciapan Facebook tersebut berbunyi:

Jom rasa mee congek saya, pasti sedap dan terangkat. Yang ada duit, cubalah. Yang kurang duit, sila menabung dulu

Walaupun pada mulanya produk tersebut disambut baik oleh warganet namun cara Aliff menyindir kemampuan masyarakat yang mungkin kekurangan duit perlu menabung untuk membeli produknya. Aliff dilihat seolah-olah tidak memahami harga yang sesuai dengan golongan marhaen untuk membeli produk tersebut. Agaknya, orang kayangan makan mi segera ke?

Warganet turut mempertikaikan harga yang dikenakan terlalu mahal berbanding mi segera lain sedangkan dengan harga RM16.90, kita boleh beli 10 bungkus mi segera atau seekor ayam mentah yang pastinya mengenyangkan perut dalam beberapa hari.

Ramai warganet meninggalkan sedikit patah dua kata dan nasihat kepada Aliff untuk mempertimbangkan semula harga produknya itu agar bersesuaian dengan poket rakyat marhaen sekiranya mahu produk tersebut bertahan di pasaran. Kalau kita lihat dari sudut lain, mungkin sasaran pembeli produk mi segera ini adalah orang kayangan? Hanya Aliff sahaja yang mempunyai jawapannya.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Aliff Syukri Beli 7 Buah Rumah Sekaligus. Satu Untuk Hadiah Kepada Isteri

[VIDEO] “Saya Tak Pernah Janji” – Wani Comel Dakwa Diperguna, Ini Penjelasan Aliff Syukri

 

Sumber: Facebook Aliff Syukri

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement