Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Lelaki Ini Menyamar Sebagai ‘Anggota Marin’ Untuk Mengorat Janda Kaya

Cara macam ni pun boleh berhasil ye…

Published

on

Menyamar sebagai seorang anggota tentera atau polis ni merupakan satu kesalahan jenayah, dan kalau di Malaysia boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Jadi ia bukanlah satu perkara yang boleh dibuat naik. Namun, apa niat sesetengah orang yang menyamar sebagai anggota tentera atau polis ni?

Di Indonesia, seorang lelaki dikatakan menyamar sebagai anggota ­Angkatan Laut Tentera Nasional ­Indonesia (TNI AL) untuk mendapatkan jodoh dengan janda kaya. Wah memang ada matlamat penyamaran lelaki ni dan tidak dilakukan secara suka-suka. Lelaki ini telah ditahan di bandar Sukabumi, Jawa Barat baru-baru ini.

Suspek yang berumur 40 tahun itu dilaporkan ditahan di rumah isterinya. Manakala serbuan dilakukan oleh satu pasukan gabungan anggota Ang­katan Laut dan Komando Tentera Daerah selepas menerima maklumat mengenai perilaku mencurigakan.

Tidak Kelihatan Seperti Seorang Anggota Marin

Menurut laporan, penduduk setempat di kawasan tempat tinggal lelaki itu berasa curiga dengan tingkah laku lelaki tersebut yang kelihatan bukan seperti seorang ­anggota kor Angkatan Laut. Disebabkan keraguan itu, mereka membuat laporan kepada TNI.

Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke markas Komando Pos (Posal) TNI AL di Bandar Palabuhanratu untuk disoal siasat. Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut telah menyamar sebagai anggota marin sejak dari tahun 2016. Bila ditanya apa motif dia melakukannya, suspek berkata penyamaran itu untuk dia mendapatkan jodoh janda kaya dan kemudian bernikah untuk menjadikan dirinya kaya. 

Melalui penyamaran itu, suspek berjaya berkahwin de­ngan seorang wanita di Sukabumi pada 7 ­November 2020. Selain itu, suspek turut memalsukan beberapa dokumen termasuk surat pengesahan anggota Angkatan Laut untuk menyakinkan mang­sa dan berkahwin secara sah di Pejabat Hal Ehwal Agama.

Rasanya bukan biasa-biasa penyamaran yang dilakukan oleh lelaki ini. Suspek juga turut dikatakan membeli pakaian tentera itu di Pasar Senin Jakarta pada harga 800,000 rupiah (RM226) pada Julai lalu, manakala pistol angin rosak tanpa peluru itu dibeli­ daripada rakan dengan bayaran 200,000 rupiah (RM56). Tapi kesemua barangan itu dirampas selepas dia membuat pengakuan.

Baca juga artikel menarik lain:

Dari Seorang Guru Silat Sehingga Menjadi Buruan Di Hollywood!

Netizen Berang Masih Ada Kes Kematian Penunggang Motosikal Langgar Lubang Jalan Raya

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement