Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Ketahui Taktik ‘Cuci’ Duit Haram Yang Sering Digunakan. Awas Kepada Si Pelaku!

Ambil tahu je. Jangan ikut sekali.

Published

on

Dalam seminggu dua ini, agak kecoh dengan kes Macau Scam yang didalangi individu bergelar ‘Datuk Seri’. Segala harta kekayaan adalah hasil penipuan yang dijalankan sekian lama. Namun, bagaimana sindiket-sindiket ini boleh menikmati hasil kekayaan dari duit ‘haram’ tanpa dikesan sebelum ini? Jadi ini adalah ‘step-by-step’ yang dilakukan sindiket untuk mencuci duit haram bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Apa Itu Pengubahan Wang Haram

Menurut Penganalisis Jenayah, Datuk Seri Akhbar Satar, pengubahan wang haram adalah satu proses menukar wang tunai atau hasil kekayaan daripada aktiviti jenayah kepada satu bentuk transaksi yang menampakkan ianya hasil yang sah di sisi undang-undang. Ia adalah satu proses membersih dan menghalalkan wang haram bagi mengelak daripada diketahui asal wang itu yang datang dari kegiatan jenayah.

Tambahan beliau, terdapat tiga tahap pengubahan wang haram dilakukan penjenayah untuk mengelak dikesan pihak berkuasa. Bagaimanapun, pihak berkuasa tetap berusaha mengesan segala helah ini. 

Tahap Pertama: Penempatan

Menurut Akhbar, tahap pertama ini membabitkan hasil wang yang besar daripada aktiviti haram seperti rompakan, dadah, macau scam dan sebagainya, dilaburkan menerusi sistem kewangan yang sah. Ini adalah pergerakan tunai daripada sumber asalnya. 

Untuk menjayakan tahap pertama ini, penjenayah tersebut akan mendepositkan wang tunai dalam jumlah yang kecil ke dalam beberapa akaun bank yang berlainan lokasi. Selain deposit wang tunai, ia juga boleh ditukarkan dalam bentuk cek kembara atau wang pos. Tambahan lagi, pengubahan wang haram sering menggunakan rangkaian yang luas dengan beberapa nama dan akaun berbeza untuk melaksanakan urus niaga supaya ia tidak dapat dikesan pihak penguat kuasa atau audit trail.

Peringkat Kedua: Pelapisan

Pelapisan merupakan konsep di mana penjenayah tersebut memusingkan wang haram menerusi pelbagai tingkat yang kompleks dalam urus niaga kewangan. Mereka akan mengeluarkan wang simpanan mereka secara berulang kali melalui pelbagai bank yang berbeza, termasuk off shore bank di negara berbeza. 

Semua ini dilakukan dengan menggunakan syarikat palsu tanpa aset atau operasi. Tujuan utama pelapisan dilakukan adalah untuk menjauhkan wang berkenaan daripada sumber asalnya. Menurut Akhbar, syarikat ini hanya membuat transaksi palsu seolah-olah sedang menjalankan perniagaan biasa. Wang yang diterima pula boleh dikitar menerusi beberapa syarikat sebagai wang halal.

Peringkat Terakhir: Integrasi

Dalam peringkat ini, wang haram akan diserap ke dalam sistem kewangan dan ekonomi yang sah. Ia akan membuatkan wang yang diperoleh secara haram itu nampak sah di sisi undang-undang. Menurut pihak berkuasa, jika penjenayah sudah sampai ke tahap ini, maka ia agak sukar untuk membezakan antara hasil kekayaan yang sah ataupun haram.

Selepas peringkat ini lah kita akan melihat dalang-dalang kepada operasi atau sindiket haram ini hidup dalam kemewahan kerana hasil wang haram sudah boleh digunakan secara sah. 

Golongan Artis Juga Boleh Menjadi ‘Medium’ Cuci Duit

Selain tiga tahap yang biasa digunakan itu, Akhbar turut menyatakan golongan artis juga menjadi sasaran penjenayah ini untuk menghalalkan wang mereka. Caranya adalah dengan menubuhkan pelbagai perniagaan dan syarikat, kemudian mencampurkan wang yang haram dengan pendapatan sah termasuk melaburkan wang itu kepada golongan artis.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Isu Lolos Dari Banggunan SPRM, Lelaki Ini Bongkar Taktik Macau Scam!

Bahaya Kongsi Nombor Akaun Bank Sewenangnya, Data Peribadi Boleh Diceroboh!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement