Semasa & Hiburan
“Kes Cerai Berjalan Dengan Lancar, Terima Kasih Semua!”- Zarina Anjoulie
Kini, entri baru dimuat naik kelihatan Zarina berpakaian serba lengkap bewarna hitam sambil berjalan di perkarangan mahkamah syariah.
Sebelum ini tular satu kenyataan dari pelakon, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, dirinya mengambil keputusan untuk bercerai dengan suami, Eilyas Azhar di atas pilihannya sendiri.
Pengakuan ini dibuat menerusi laman sosial, Instagram akaun miliknya dan waktu itu dia tidak memaklumkan tarikh perceraian selepas kira-kira enam bulan mendirikan rumah tangga buat kali kedua.
Kini, entri baru dimuat naik kelihatan Zarina berpakaian serba lengkap bewarna hitam sambil berjalan di perkarangan mahkamah syariah.
Menurutnya, kes penceraian berjalan dengan lancar dan dia turut berterima kasih kepada orang ramai yang tidak henti memberikan kata-kata semangat untuk dirinya dalam keputusan yang dibuat.
View this post on Instagram
Apa pun kami doakan selepas ini kehidupan Anjoulie lebih bahagia dengan keputusan berat ini.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Payment Pun Tak Bayar Beriya Nak Saman Ye..”- Zarina Anjoulie Dakwa Di ‘Block’ Ogy
Sumber: instagram