Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Kerja Keras Saya Untuk Gembirakan Rakyat” – Aliff Syukri Sudah Mula Latihan Vokal, Lagu Raya Bakal Menyusul

Kita nantikan lagu terbaharu dari Dato’ Sri Aliff Syukri…

Published

on

Terdahulu kami ada melaporkan bahawa Dato’ Sri Aliff Syukri telah menyatakan niat untuk menghasilkan lagu baharu sempena raya tahun ini. Niatnya itu sehingga ditegur oleh bondanya, Rozita Ibrahim yang meminta anaknya itu untuk tidak bernyanyi lagi. Bagaimanapun, menerusi perkongsian baharu di Instagram milik usahawan kosmetik  itu, beliau nampaknya betul-betul bersungguh untuk hasilkan sebuah lagu baharu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Baca juga: “Benci Mak Tengok Kau Nyanyi” – Niat Keluarkan Lagu Raya Baharu, Aliff Syukri Kena Sound Setepek Dengan Bonda

Aliff Syukri kini dilihat sedang sibuk mempersiapkan dirinya untuk proses rakaman lagu dengan menjalani latihan vokal. Mungkin tahun ini kita akan dapat sedikit kelainan daripadanya atas kesungguhan yang ditampilkan. 

“Saya tengah berlatih untuk memantapkan lagi vokal suara saya, untuk lagu terbaharu saya berjudul Raya Lalala,” tulis Aliff di ruangan kapsyennya. 

Aliff juga turut meminta para pengikutnya untuk menitipkan komen di ruangan komen sekiranya tidak sabar untuk mendengar suara nyanyiannya. Bagi menghasilkan lagu tersebut, beliau mendapatkan khidmat daripada komposer dan penyanyi tanah air, Amy Ukays. Meninjau di ruangan komen pula, ramai yang memberi ucapan selamat berjaya buat beliau.

Terdahulu, pada tahun 2019 Aliff berjaya menghasilkan sebuah lagu raya yang berjudul ‘Jom Raya’. Jadi untuk tahun ini, sama-sama kita nantikan lagu terbaharu beliau. Kalau tak sabar, boleh ramai-ramai serbu ruangan komen Aliff Syukri. 

Baca juga: “Dia Ada Namalah!” – Netizen Pertikai Cara Pujian Chef Terkenal Singapura Kepada Khairul Amin Seperti Kurang Sopan

Sumber daripada: Instagram

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement