Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Kena Conteng Pun Comel..” Warganet Terhibur Lihat Reaksi Muka Bayi Perempuan Dr Sheikh Muszaphar Diconteng Abangnya

Di dalam gambar tersebut jelas kelihatan satu garisan berwarna biru di dahi Emilia yang agak panjang dan tebal. 

Published

on

Apa sahaja yang melibatkan seorang bayi akan mudah menerima perhatian orang ramai. Baik kisah bayi yang mempunyai mata cantik sehinggalah kisah menyayat hati bayi didera akan menerima reaksi hebat daripada masyarakat. Pendek kata, gambar bayi comot pun boleh buat orang cair. Hiks!

Perkongsian terbaharu, isteri kepada Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina Mohd Yunos di Instagram miliknya semalam telah membuatkan warganet terhibur dengan tindakan salah seorang anak lelaki kembarnya telah menconteng bayi kembar perempuannya, Emelia. Di dalam gambar tersebut jelas kelihatan satu garisan berwarna biru di dahi Emilia yang agak panjang dan tebal.

Baca artikel berkaitan: Isteri Dr Sheikh Muszaphar Dipaksa Bersalin Awal Kerana Preeklampsia

Dr Halina luahkan rasa kasihan anaknya itu dan menyatakan nasibnya baik beliau nampak semasa kejadian itu dilaukan oleh abangnya. Jelasnya, apabila melihat situasi itu, mulalah keluar suara atau jeritan seakan bunyi halilintar. Alahai, rasanya mak-mak mungkin akan faham macam mana bunyi jeritan itu. Opss! Tambahnya, beliau tidak sangka anak-anak kembar lelakinya itu semakin kreatif dan ia semestinya sudah menjadi satu pengajaran buat dirinya supaya lebih peka dengan aktiviti anak-anaknya itu.

it’s ok mommy.. its blue.. it looks like veins

Dr Halina sempat berkongsi reaksi anak perempuan sulungnya, Sophea Isabella atau lebih mesra disapa Bella menyatakan kepada ibunya bahawa tidak mengapa, contengan itu kelihatan seperti urat berwarna biru. Penjelasan anaknnya itu membuatkan Dr Halina tidak pasti sama ada mahu menangis atau ketawa.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa terhibur dengan wajah Emelia yang seakan keliru dan pasrah dengan situasi itu malah ada juga yang sempat luahkan rasa kasihan kepada bayi perempuan comel itu. Salah seorang pengikut Instagram Dr Halina turut meinggalkan komen menyatakan Dr Halina sepatutnya menikmati moment bersama anak kecil seperti ini walaupun kadang kala mungkin bunyi ‘halilintar’ datang singgah.

Baca juga: Ramai Kagum Dr Sheikh Muszaphar Ajar Anak Kembarnya Sejak Usia 3 Bulan

Sumber: Instagram Dr Halina

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement