Semasa & Hiburan
Keluar Kenyataan Akaun Twitter Diceroboh, Netizen Dakwa SKMM Cuba Sembunyikan Fakta Sebenar
Mana satu yang betul ni?
Semalam pengguna sosial media di Twitter beramai-ramai menghentam akaun rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mendakwa pihak SKMM cuba menyembunyikan fakta sebenar. Semuanya bermula apabila ciapan-ciapan lama daripada akaun rasmi SKMM muncul semula, yang mana ia memaparkan ciapan yang bukan dikeluarkan oleh SKMM.
Kebanyakan ciapan tersebut adalah dari tahun 2013 dan 2014 dan hampir kesemuanya memaparkan kata-kata yang kurang sopan. Tidak lama selepas itu, ramai warganet yang terus ‘menggali’ lagi ciapan-ciapan lama daripada akaun tersebut. Kebanyakan hantaran tersebut adalah secara peribadi dan banyak mengandungi kata-kata kesat.
SKMM kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang mendakwa akaun rasmi mereka telah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab. Sementara itu, akaun SKMM juga turut digantung buat sementara waktu. SKMM meminta orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran tersebut dan menegaskan ianya bukan daripada pihak SKMM. Jadi itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh SKMM berhubung perkara tersebut.
Bagaimanapun, warganet tetap mempersoalkan bagaimana seseorang boleh menceroboh akaun tersebut dan memuat naik hantaran daripada tahun-tahun sebelumnya. Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter turut mendakwa bahawa akaun tersebut adalah miliknya dahulu dan dijualkannya kepada seseorang.
Hi.
Acc tu aku jual time aku form 3/4. When it was 50k followers. Aku tak delete tweet lama, sbb tk terlintas dlm fikiran.
Tyha. Dia dh jadi ex aku. Jgn tanya kenapa! Hzjsjsjsjs
Aku jual acc tu dkt @/SaidOsem. So aku tak tahu after that acc tu dh jadi official MCMC punya twtr.
— 𝓝𝓪𝔃 (@NazruiHakim) January 12, 2021
Dengan segala kekeliruan dan kecelaruan ini, warganet tetap dengan pendirian untuk meminta SKMM menjelaskan tentang perkara sebenar.
Buat MCMC, kami semua tahu tweet tersebut bukan dikeluarkan oleh MCMC.
Tweet tersebut bermula 2013, tiada pencerobohan, lainlah kalau baru tadi ada yang di tweet.
Yang ditanya adalah adakah akaun ini dibeli atau tidak.
Kembali kepada topik perbahasan. pic.twitter.com/3ezRCtJzrH
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) January 12, 2021
Sementara itu, SKMM tetap mengingatkan orang ramai untuk menggunakan media sosial secara berhemah dan sopan. Sebarang hantaran yang tidak benar serta menghina institusi diraja, agama dan kaum akan dikenakan tindakan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika didapati bersalah, boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara selama dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
Baca juga artikel menarik lain:
Filem ‘Jaws’ Dikatakan Diinspirasikan Daripada Tragedi Sebenar Yang Menyeramkan!
Robert Johnson – Terlalu Berbakat Sehingga Dikaitkan Dengan Syaitan?