Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kekuatan Luar Biasa ‘Hercules’ Asia!

Lawan tarik tali boleh hantar dia sorang je…

Published

on

Kalau di Malaysia kita ada watak Badang untuk memberi gambaran sebagai manusia terkuat, di negara barat pula mereka ada Hercules sebagai manusia terkuat. Tapi bezanya Badang ni kuat lepas makan muntah jin, dan Hercules pula kuat sebab dia dipercayai sebagai ‘half-god.’ 

Walaupun panggilan dan sejarah yang berbeza, kedua-duanya merujuk kepada seseorang yang mempunyai kekuatan luar biasa. Cuma kali ini lelaki gagah yang digelar Hercules tu tidak berasal daripada negara barat, tetapi dari Asia. Sudah semestinya lelaki ini bukan rakyat Malaysia sebab kalau tak tentulah gelarannya adalah Badang dan bukan Hercules. 

Nama beliau adalah Manoj Chopra, merupakan anak jati kelahiran negara India. Beliau dilahirkan pada tahun 1970 di Raipur dengan berat 4.9 kg. Kini Manoj mempunyai ketinggian 195.5 cm dengan berat sebanyak 170 kg. Manoj sememangnya merupakan lelaki terkuat di India, terkuat di Asia, dan juga menduduki tangga ke-14 lelaki terkuat di dunia dengan memegang rekod Guinness Book of World Records. Selain gelaran ‘Hercules,’ beliau turut digelar dengan panggilan ‘Genial Giant,’ Modern Bheem,’ dan juga ‘Strongest He-man.’ 

Bagaimana Semuanya Bermula?

Semuanya bermula apabila dia mula berazam untuk menjadi lelaki terkuat di dunia setelah menghadapi beberapa siri hidup yang kurang bernasib baik. Pada tahun 1996 semasa di Bengaluru (tempat tinggalnya), enam kereta miliknya daripada perniagaan agensi pelancongannya terlibat dengan kemalangan pada hari yang sama. Waktu itu Manoj mengatakan bahawa dia berasa sangat lemah dan berputus asa. Dengan tidak mempunyai sebarang kenderaan lagi, beliau tidak dapat untuk mencari sumber pendapatan lagi, serta tidak mampu untuk membaiki kesemua kenderaannya.

Disebabkan tekanan hidup, Manoj sering kali terlibat dengan keganasan serta pergaduhan. Ada satu ketika Manoj dimasukkan ke penjara kerana membelasah seorang lelaki sehingga parah. Selepas kejadian itu, Manoj berkata namanya telah terpapar di akhbar dan selepas itu tak ada siapa yang suka untuk mendekatinya. Ibunya pula berkata bahawa dia telah merosakkan nama baik keluarganya. Dia berasakan keseorangan kerana semua orang termasuk rakan-rakannya menjauhkan diri daripadanya.

Mewakili India Dalam Pertandingan Lelaki Terkuat Dunia!

Satu hari, Manoj ternampak tentang pertandingan lelaki terkuat dunia di televisyen. Beliau melihat wakil-wakil dari negara lain tetapi tiada wakil dari negaranya. Jadi dari situlah Manoj memutuskan untuk mewakili India dalam pertandingan lelaki terkuat dunia. Selepas memasuki pertandingan itu, beliau kini menjadi perhatian di seluruh India. Kini Manoj Chopra mengembara dunia dan memberi inspirasi serta motivasi tentang kehidupan kepada masyarakat, terutamanya anak-anak muda. 

Manoj telah menyampaikan ceramah motivasinya di lebih 3,000 buah sekolah di seluruh dunia. Selain di India, Manoj turut menjelajah ke Australia, Athens, Eropah, Timur Tengah, Kanada, Amerika Syarikat, Denmark, Korea Selatan, Mesir, Afrika Selatan, Malaysia, Vietnam, dan juga Kenya untuk menyampaikan ceramah motivasinya. Jadi pengajaran daripada kisah Manoj ini adalah, jangan berputus asa dengan kehidupan walaupun sering menemui kekecewaan. Mungkin kita juga mampu menjadi ‘Hercules’ seperti Manoj.

 

Baca artikel menarik lain:

5 Kereta Malaysia Paling Berjaya Dalam Sejarah

Risiko Berkepala Botak Diburu Oleh Pengamal Ilmu Hitam!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement