Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kaki Parti Maut Minum Cecair Hand Sanitizer Selepas Kehabisan Arak…

Hand sanitizer tu bukan untuk diminum…

Published

on

Cecair sanitasi tangan memang diketahui umum mengandungi metanol ataupun alkohol yang bertujuan untuk membunuh bakteria. Namun ia bukanlah ‘alkohol’ yang boleh diminum seperti minuman keras. Bagaimanapun, tujuh orang maut selepas meminum cecair sanitasi tangan gara-gara kehabisan minuman beralkohol di satu parti di Rusia.

Menurut laporan, seramai sembilan peserta parti tersebut meminum cecair cucian antiseptik yang banyak digunakan untuk membersikan tangan daripada wabak koronavirus. Bagaimanapun, dua daripada mereka berada dalam keadaan kritikal dan koma di hospital selepas meneguk bahan kimia tersebut di Tomtor, timur Rusia. 

Tiga mangsa pertama merupakan wanita berumur 41 tahun, dan dua lelaki masing-masing berumur 27 dan 59 tahun. Selepas tiga kematian pertama kaki parti, enam mangsa lain segera diterbangkan menggunakan pesawat perubatan ke bandar Yakutsk.

Bagaimanapun menurut badan pemerhati kesihatan awam persekutuan, hanya dua yang terselamat daripada kes keracunan akibat meminum cecair sanitasi itu. Dalam pada itu, beberapa laporan mendakwa peserta parti yang terlibat telah meminum bahan sanitasi yang mengandungi 69 peratus metanol selepas kehabisan minuman beralkohol.

Ini bukanlah kes pertama berkaitan individu maut selepas meminum cecair sanitasi bagi menggantikan minuman beralkohol. Ada yang meminumnya kerana ia merupakan pilihan lebih murah berbanding jenama minuman keras lain. Ada juga kes yang menjadi buta selepas minum cecair sanitasi ini. Apa-apa pun, elakkan daripada membuat sebarang perkara yang boleh memudaratkan kita.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Pernah Mencari Mangsa Di Malaysia, Penjenayah Pedofil Dibunuh Kejam Dalam Penjara!

Kisah Benar Seorang Lelaki Yang Mempunyai Memori Selama 7 Saat…

 

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement