Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Jenama² Terkenal Ini Rupanya Pernah Keluarkan Produk…

Memang rare betul…

Published

on

Setiap jenama atau brand mempunyai kekuatan tersendiri dalam bidang masing-masing. Tapi apa jadi kalau jenama-jenama terkenal ni buat keputusan untuk luaskan pasaran jenama mereka dengan menghasilkan produk yang tak ada kena mengena dengan mereka? Bayangkan jenama Adabi keluarkan produk tenusu. Bunyi macam pelik tapi perkara ni pernah berlaku kepada beberapa jenama terkenal yang pernah hasilkan produk baru yang tiada kena mengena dengan kepakaran mereka. 

Zippo – Minyak Wangi Wanita

Zippo merupakan satu jenama pemetik api yang terkenal. Rasanya agak susah untuk pisahkan bau yang dihasilkan pemetik api dengan minyak wangi jenama Zippo, tak kira betapa sedapnya bau minyak wangi mereka. Produk minyak wangi untuk wanita Zippo ini merupakan kegagalan besar buat mereka dimana jumlah botol yang belum terjual masih boleh dibeli secara atas talian. Tapi kalau beli sekarang boleh simpan untuk buat koleksi barang-barang rare

BIC – Seluar Dalam Pakai Buang

Sebenarnya bukanlah idea yang teruk sebab seluar dalam pakai buang ni memang ada permintaannya yang tersendiri bagi mereka yang memerlukan. Tapi agak susah untuk menyakinkan pembeli bahawa produk keluaran BIC yang sinonim dengan penghasilan alat-alat tulis ini berbaloi untuk dibeli. Biasanya jenama yang akan buat produk seluar dalam pakai buang ni mesti lah dari jenama yang biasa dengan penghasilan seluar dalam. Barulah pembeli yakin nak beli. Walaupun alat tulis BIC merupakan jenis disposal, tak bermaksud mereka boleh hasilkan seluar dalam disposal juga.

KFC – Pengilat Kuku Boleh Makan Dan Lilin Wangi

Adakah KFC juga sudah bosan menjual ayam goreng? Tapi KFC merupakan antara jenama makanan segera yang banyak melancarkan produk-produk yang tiada kaitan dengan fastfood sebagai gimmick. Antara yang produk pelik yang pernah dilancarkan oleh KFC adalah seperti pengilat kuku boleh makan dan juga lilin wangi. Produk ini juga dikatakan agak limited, dan jika anda memilikinya ia bermakna anda adalah pemilik barang rare dari KFC. Tujuan KFC melancarkan produk ini adalah untuk menjadikan jenama mereka tular dalam dunia internet, dan ini merupakan salah satu teknik marketing mereka. Tapi gimmick seperti ini lebih banyak dilakukan oleh KFC di luar negara.

Colgate – Makanan

Ini merupakan salah satu contoh jenama yang ingat dia boleh buat produk lain sesuka hati hanya disebabkan nama sudah dikenali ramai. Pada tahun 1982, Colgate merupakan jenama yang paling terkenal sebagai produk ubat gigi. Kemudian mereka cuba untuk keluarkan produk yang akan mengotorkan gigi, iaitu makanan. Namun, produk makanan mereka tentu sekali menemui kegagalan sebab kebanyakkan pembeli sudah terlalu sebati melihat jenama Colgate sebagai jenama ubat gigi.

Levi’s – Kereta

Sekitar tahun 1970-an, sebuah syarikat kereta membuat keputusan bekerjasama dengan Levi’s untuk menghasilkan satu jenama kereta Levi’s. Mungkin pada waktu itu ia merupakan satu idea yang menarik memandangkan jenama Levi’s juga merupakan jenama seluar jeans yang terkenal. Maka terciptalah sebuah kereta yang diberi nama Levi’s Gremlin. Bukan setakat ia memiliki warna biru seperti seluar jeans ikonik Levi’s, tetapi kereta itu juga mempunyai tempat duduk yang dibaluti dengan kain denim seluar Levi’s. Walau bagaimanapun, ia kurang mendapat sambutan.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Kenali 5 Syarikat Tertua Di Dunia Yang Beroperasi Lebih 1,000 Tahun Dahulu

Konsep ‘RKE’ Sebagai Panduan Mengurus Anak Di Rumah Sepanjang Tempoh PKPB

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement