Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Jangan ‘Downgrade’ kan STPM”, Ramai Luah Kejayaan Mereka Mengambil STPM di Twitter

Pemilihan jurusan pengajian amat penting sehingga kadang kala mereka boleh jadi bingung fikirkannya..

Published

on

Setiap calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pasti mempunyai cita-cita yang tinggi untuk meneruskan pendidikan mereka sehingga ke menara gading. Tidak dinafikan persoalan mengenai kehidupan pembelajaran selepas berakhir zaman persekolahan sering bermain di fikiran dek kerana segelintir daripada mereka tidak tahu untuk memilih jurusan tepat untuk karier masa hadapan serta bimbang jika mereka tersalah langkah dalam pemilihan pelajaran di tahap pengajian tinggi.

Kita mempunyai pelbagai tahap pendidikan yang boleh diambil oleh lepasan SPM iaitu, STPM, Diploma, Vokasional, Matrikulasi, Asasi dan lain-lain lagi, bergantung kepada minat mereka. Baru-baru ini, tahap pendidikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysian (STPM) menjadi perbualan hangat di media sosial Twitter sehingga trending dek kerana sebuah ciapan yang menyeru bangsa Melayu untuk tidak ‘malu’ meneruskan pelajaran dengan mengambil  STPM.

Baca juga: Terbukti COVID-19 Bukan Penghalang, Keputusan SPM 2020 Cipta Sejarah!

Sehingga kini, isu mengenai STPM tidak asing lagi dalam kalangan kita dek kerana ada segelintir masyarakat yang seolah-olah memandang ‘enteng’ atau memperlekehkan pelajar-pelajar yang mengambil jurusan STPM. Mentaliti mereka seakan memahami bahawa individu yang mengambil sijil STPM ini tidak mempunyai masa hadapan yang cerah berbanding mereka yang mengambil jurusan Diploma, Asasi, ataupun Matrikulasi.

Ruangan balas ciapan tersebut dibanjiri dengan komen-komen positif daripada bekas pelajar-pelajar STPM yang kini telah pun berjaya mencapai cita-cita mereka, meskipun suatu masa dahulu pernah dipandang rendah gara-gara mengambil jurusan Tingkatan 6 ini. Rata-rata daripada mereka berkongsi kebaikan dan memberi pencerahan STPM ini yang lebih mendapat pengiktirafan serta setanding dengan jurusan Diploma dan A-level.

Meninjau di ruangan Twitter, ramai dalam kalangan mereka yang turut berkongsi kejayaan yang diperoleh setelah meneruskan pengajian di tahap sijil STPM ini. Dalam pada itu mereka juga sempat menyelitkan perjalanan kerjaya mereka selepas STPM sehingga menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan negara. Kejayaan mereka yang gemilang ini membuktikan bahawa sijil STPM amat relevan dalam kalangan lepasas SPM pada masa kini. Sokongan Ibu bapa adalah antara individu yang memainkan peranan yang utama dalam kehidupan anak-anak agar dapat menyuntik semangat dalam diri mereka supaya tidak terus dibelenggu dengan prinsip negatif orang lain.

Bagaimanapun, setiap pengajian tinggi mempunyai keistimewaanya yang tersendiri. Paling penting, jangan sesekali membandingkan diri anda dengan orang lain kerana perbuatan itu hanya akan ‘mencengkam’ diri sendiri. Justeru itu, pastikan anda memilih kursus pengajian tinggi yang anda amat minati dan abaikan kata-kata orang lain.

Baca juga: Hadiahkan Adik iPhone Sebab Dapat Keputusan SPM Cemerlang, Ramai Yang Nak Jadi Adik Azfar Heri

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement