Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

James Bulger – Tragedi Pembunuhan Anak Kecil Yang Dilakukan Kanak-Kanak Berusia 10 Tahun!

Tragedi kejam yang dilakukan kanak-kanak 10 tahun…

Published

on

Kes culik dan bunuh bukan satu kes kecil kerana sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung. Kebiasaan kes jenayah tersebut juga dilaporkan melibatkan orang dewasa yang sudah cukup waras akalnya sebagai si pelaku. Kalau bukan orang dewasa pun, mungkin ada kes terpencil yang dilakukan oleh remaja belasan tahun. Tapi sebenarnya ada satu kisah tentang kes pembunuhan yang dilakukan oleh dua orang kanak-kanak berumur 10 tahun.

Dilarikan Penjenayah ‘Kecil’ Semasa Di Pusat Beli-Belah

Kes ini berlaku di Liverpool, England pada tahun 1993. James Patrick Bulger pada mulanya dilaporkan hilang oleh ibunya semasa sedang beli barang di sebuah pusat beli-belah. Robert Thompson dan Jon Venables, suspek utama kes ini, berjaya menghasut budak kecil berumur 2 tahun itu untuk mengekori mereka keluar dari pusat beli belah itu. Bulger tanpa menyoal motif mereka, mengekori mereka berdua ke satu destinasi yang tidak diketahui pada mulanya.

Pada saat itu, ibu Bulger yang sedang membeli barang tadi menyedari kehilangan anaknya. Dia pun segera melaporkan ke bahagian keselamatan pusat beli-belah tersebut. Pengumuman tentang kehilangan anaknya dibuat tetapi tidak ada orang yang nampak anaknya, sampailah ada orang memberitahu yang dia nampak anaknya berjalan keluar dari pusat beli-belah itu. Pada ketika ini, ibunya sudah mula cemas kerana tidak tahu anaknya dibawa oleh siapa dan ke mana. Dia terus menuju ke balai polis untuk melaporkan kehilangan anaknya.

Ramai Yang Terserempak, Namun Tidak Melakukan Apa-Apa

Sepanjang mereka bertiga berjalan-jalan di luar, ramai saksi yang terserempak dengan mereka. Ada juga yang curiga dengan tindakan Thompson dan Venables yang kelihatan menendang dan menjatuhkan Bulger. Sehingga lebam dahi Bulger dibuatnya, tapi mereka yang melihat tidak mengendahkan kerana menyangkakan mereka hanya adik-beradik. Bulger dikatakan terus dibawa berkeliaran di sekitar Liverpool melalui kedai-kedai, bangunan, tempat parkir dan melalui jalan yang sibuk.

Ada saksi menyatakan yang dia nampak Bulger ketawa dan kemudian menangis sambil menjerit memanggil ibunya. Ada juga yang nampak Bulger disepak di bahagian tulang rusuk kerana enggan mengekori Thompson dan Venables lagi. Tapi tiada siapa pun yang ambil tindakan atau menegur mereka. Terdapat juga satu saksi, iaitu seorang perempuan yang agak berumur,  pergi menegur mereka selepas melihat Bulger menangis. Bila ditanya kenapa, Thompson dan Venables menjawab mereka tidak tahu dan baru terjumpa dengan Bulger di bawah bukit. Sekali lagi mereka berdua terlepas daripada disyaki apa-apa selepas wanita itu mempercayai mereka.

Satu Pembunuhan Kejam Dan Tragedi Yang Memilukan

Boleh dikatakan ramai saksi melihat mereka bertiga merayau-rayau di bandar Liverpool, dan ada juga yang curiga dengan mereka, tetapi tiada sorang pun yang datang menghentikan mereka. Kemudian Bulger di bawa ke kawasan kereta api. Di situ lah segala penyeksaan dilakukan oleh mereka berdua terhadap Bulger sehingga akhirnya anak kecil malang itu terbunuh. Polis melaporkan mereka menjumpai mayat Bulger dengan kesan retakan di tempurung kepala dipercayai dihentak menggunakan bar besi seberat hampir 10 kilogram.

Thompson dan Venables akhirnya ditangkap dan disabitkan atas kesalahan membunuh James Bulger. Venables dan Thompson kemudiannya dihukum mengikut protokol bagi pesalah remaja yang disabitkan dengan kesalahan membunuh dan dalam tempoh hukuman tidak terbatas. Ibu dan bapa kepada Bulger menjadi trauma dan merasakan Venables dan Thompson tidak sepatutnya berada dalam masyarakat dan perlu ditempatkan di dalam penjara.

Dilaporkan selepas mereka berdua keluar dari penjara, Thompson menjalani kehidupan sendiri tanpa melakukan sebarang kes jenayah, tetapi sebaliknya buat Venables yang beberapa kali disabitkan kesalahan menyimpan video lucah kanak-kanak. Sehingga kini, motif penderaan dan pembunuhan terhadap James Bulger tidak diketahui.

 

 

 

Baca juga artikel menarik yang lain:

5 Bandar Tidak Lagi Berpenghuni…

Kenapa Filem Ini Ditayangkan Selama 24 Tahun?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement