Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Jahanam Diet Ayah Kau Ni” – Anak Jantan Masak Talapia Kering Bermadu, Muka Serius Cuit Hati Netizen

Ayah minta anak masak talapia kering bermadu, tapi terlupa tengah berdiet…

Published

on

Memang tak dinafikan semenjak negara kita dilanda pandemik COVID-19 dan dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP), rata-rata di antara kita menjadi semakin mahir memasak. Banyak resipi-resipi baharu yang dicuba di rumah, yang sebelum ini tak pernah terfikir untuk dicuba. Baik juga apabila masa yang ada di rumah digunakan untuk mencuba masakan baharu. Namun, aktiviti memasak di rumah akan lebih menarik jika ia turut disertai oleh anak-anak.

Terkini tular pasangan anak beranak di Facebook apabila membuat perkongsian tentang menu masakan mereka. Menurut perkongsian Amyril Hanafi, masakan ‘talapia kering bermadu’ itu dimasak oleh anaknya sendiri. Bagaimanapun, ia dimasak kali kedua di sebelah malam apabila anaknya menghabiskan masakan pertama yang dibuat pada sebelah siang. Maka untuk merasa masakan anaknya itu, dia meminta juga untuk dihasilkan sekali lagi.

Malam ni sesi pengijazahan anak jantan masak talapia kering bermadu. Jahanam diet ayah kau ni nak oi!,” tulis Amyril dengan disertakan gambar anaknya menghulurkan menu masakan yang baharu dimasak.

Sementara itu, rata-rata warganet berasa terhibur dengan gambar yang dikongsikan Amyril. Wajah dia dan anaknya yang serius itu betul-betul mencuit hati, ibarat sedang melangsungkan sesi pengijazahan yang sebenar.

Dalam pada itu, ada juga memuji Amyril kerana tetap sempoi dan bersahaja dengan anaknya. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi. Begitulah perumpaan yang diberikan kepada pasangan anak beranak ini dengan wajah serius yang seakan sama kedua-duanya. Apa-apa pun, bolehlah kasi bongkar resipi talapia kering bermadu tu untuk kami yang lain cuba juga. 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

[VIDEO] Bekas Banduan Ditangkap Mencuri, Penghuni MAEPS Rasa Tak Selamat

“Tak Kerja, Tak Ada Gaji” – Fauziah Nawi Ke Istana Negara Suarakan Keperitan Anak Seni Harungi PKP

 

 

 

Sumber daripada: Amyril Hanafi

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement