Connect with us

Semasa & Hiburan

“Signing Out Now..” – Ruangan Komen Pawagam Ini Di Banjiri Pengalaman Manis Pencinta Filem

Mula mencipta nama pada tahun 2003, kini MBO mengambil tindakan untuk menutup tirainya pada tahun 2021 dek kerana…

Published

on

Umum mengetahui terlalu banyak sektor industri yang terkesan akibat pandemik COVID-19 setelah hampir dua tahun wabak ini menular dalam kalangan komuniti kita. Antara industri yang terkesan ialah industri penerbangan, pelancongan, ekonomi dan lain-lain lagi. Baru-baru ini, salah satu panggung wayang terkenal dikenali sebagai MCAT Box Office Sdn Bhd (MBO) telah mengucapkan ‘Selamat Tinggal’ kepada seluruh pengikutnya.

Mula mencipta nama pada tahun 2003, kini MBO mengambil keputusan untuk menutup tirainya pada tahun 2021 dek kerana ‘terkesan’ dengan wabak ini yang menghalang pencinta wayang untuk dapat menonton filem di pawagam sebagai sumber pendapatan mereka. Posting yang dimuat naik di laman Facebook MBO Cinemas itu telah mengundang perhatian netizen yang turut berdukacita dengan kenyataan rasmi MBO itu.

It’s been a while. 👋
signing out now.

Posted by MBO Cinemas on Sunday, 9 May 2021

Memetik daripada The Vocket, pada March lalu lembaga pengarah MBO telah mengambil tindakan untuk menutup perniagaan dan menjual aset untuk membayar pemiutang. Lantaran itu, difahamkan syarikat MBO kini telah diambil alih atau dalam kata lain telah ‘dibeli’ oleh syarikat Golden Screen Cinemas (GSC), iaitu juga merupakan salah satu panggung wayang yang terkenal di Malaysia ini.

Baca juga:Suka Tengok Wayang? – Ini Asal Usul Panggung Wayang

Meninjau di ruangan komen posting tersebut, ternyata ramai dalam kalangan kita yang ‘bersedih’ dengan pemergian panggung wayang MBO ini. Rata-rata daripada mereka meninggalkan komen yang menyayat hati apabila mereka menceritakan momen-momen indah ketika menonton wayang di MBO. Menurut mereka juga, panggung wayang MBO sangat mendapat tempat di hati mereka dek kerana tempat yang selesa dan sentiasa menjual harga tiket yang murah.

Sudah semestinya kehilangan salah satu panggung wayang yang terbaik amat memberi kesan yang mendalam kepada pencinta filem. Suasana menonton wayang di pawagam akan sentiasa mewarnai hari-hari kita. Apa-apa pun semoga dipermudahkan segala urusan buat para pekerja MBO dan semoga panggung wayang yang lain akan terus cekal menghadapi ‘dugaan’ yang menimpa mereka.

Baca juga:PKP 3.0 Tidak Sama Dengan Sebelum Ini, Terdapat Perubahan Dari Segi SOP

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: The Vocket, Facebook MBO Cinemas

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement